BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta RM3,000 lepas pinjam jam

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Pelik apabila seorang wanita yang ‘meminjam’ jam tangan mewah berjenama milik rakannya mengugut pemiliknya untuk membayar sejumlah wang jika mahu semula barang berkenaan.

Difahamkan, sebelum itu, wanita berkenaan berpura-pura menjadi ‘pendengar setia’ masalah lelaki berusia 40-an itu sebelum memujuk mangsa membuka jam itu kononnya untuk melihat.

Bagaimanapun, ketika mangsa meminta semula jam itu, wanita berkenaan enggan memulangkannya, sebaliknya meminta RM3,000 daripada mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi kelmarin, lelaki yang juga seorang peniaga itu berjumpa wanita terbabit di rumah wanita itu untuk membincangkan masalah.

Wanita berkenaan memuji jam tangan dipakai mangsa sebelum memujuk mangsa menanggalkan jam bernilai lebih RM20,000 itu.

Mangsa yang mahu pulang ke rumah meminta semula jam itu, namun wanita terbabit enggan memulangkannya sebaliknya meminta RM3,000.

“Mangsa mengarahkan wanita itu memulangkan jam tangan keesokannya dan jika tidak lelaki itu akan membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa pulang ke rumahnya di Taman Setiawangsa di sini sebelum menghubungi wanita sama pagi kelmarin untuk bertanya mengenai jam tangannya, namun tiada jawapan.

Mangsa menghubungi abang wanita berkenaan sebelum dinasihat menyelesaikan hal itu dengan cara baik.

Mangsa yang hampa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

mymetro online news.

kehkehkeh.......camnie kes pun ada.....scammer tol.....
 
ada kes lain ni.
kalau kat aku takde masalah pun. sentap je balek kat situ jugak.
takde isu pun.
 
Cosultation fees 3,000 kena bayar, jam tu colateral jer!!! Ni mesti special punya consultant....kita tunggu perkembangan selanjutnya........
 
KUALA LUMPUR: Pelik apabila seorang wanita yang ‘meminjam’ jam tangan mewah berjenama milik rakannya mengugut pemiliknya untuk membayar sejumlah wang jika mahu semula barang berkenaan.

Difahamkan, sebelum itu, wanita berkenaan berpura-pura menjadi ‘pendengar setia’ masalah lelaki berusia 40-an itu sebelum memujuk mangsa membuka jam itu kononnya untuk melihat.

Bagaimanapun, ketika mangsa meminta semula jam itu, wanita berkenaan enggan memulangkannya, sebaliknya meminta RM3,000 daripada mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi kelmarin, lelaki yang juga seorang peniaga itu berjumpa wanita terbabit di rumah wanita itu untuk membincangkan masalah.

Wanita berkenaan memuji jam tangan dipakai mangsa sebelum memujuk mangsa menanggalkan jam bernilai lebih RM20,000 itu.

Mangsa yang mahu pulang ke rumah meminta semula jam itu, namun wanita terbabit enggan memulangkannya sebaliknya meminta RM3,000.

“Mangsa mengarahkan wanita itu memulangkan jam tangan keesokannya dan jika tidak lelaki itu akan membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa pulang ke rumahnya di Taman Setiawangsa di sini sebelum menghubungi wanita sama pagi kelmarin untuk bertanya mengenai jam tangannya, namun tiada jawapan.

Mangsa menghubungi abang wanita berkenaan sebelum dinasihat menyelesaikan hal itu dengan cara baik.

Mangsa yang hampa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

mymetro online news.

kehkehkeh.......camnie kes pun ada.....scammer tol.....

hampeh betol:(scam
 
rasa cam ada yg xkena ngn kes nih..mesti ada yg tersembunyi ni...

dah main kot.:-?
 
sok polis wat pekak jer. nangis la :))
 
kena kaitkn kes ni ngn politik, baru laju polis amik tindakan..:))
 
kol 2 pagi bincang masalah..aduss pelik2??
 
Back
Top
Log in Register