BTC USD 84,899.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Minta Maaf ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Kartunis Amerika minta maaf


2010/05/24
Molly Norris tak sangka gesaan lakar Nabi di Facebook cetus kontroversi

SEATTLE: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad di Facebook, meminta maaf kepada umat Islam atas peranannya dalam isu berkenaan.

Molly Norris memohon kemaafan orang Islam yang marah dengan kartun di blog miliknya meskipun karikatur itu berunsur satira, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.

Kartunis Amerika minta maaf


2010/05/24
Molly Norris tak sangka gesaan lakar Nabi di Facebook cetus kontroversi

SEATTLE: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad di Facebook, meminta maaf kepada umat Islam atas peranannya dalam isu berkenaan.

Molly Norris memohon kemaafan orang Islam yang marah dengan kartun di blog miliknya meskipun karikatur itu berunsur satira, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.
Tindakannya menyebabkan orang lain membuka laman di Facebook sebagai menyokong kempen digelar ‘Everybody Draw Muhammad Day’ (Hari Melakar Nabi Muhammad) hingga mencetuskan bantahan di Pakistan yang mengarahkan laman web itu disekat.

Khamis lalu, Pakistan juga menyekat laman web YouTube atas sebab yang sama ketika lebih banyak kempen dirancang ke atas Facebook.

Norris melakar kartun itu pada April lalu kerana membantah keputusan stesen Comedy Central membatalkan satu episod South Park memaparkan imej Nabi.

Ia menyebabkan Norris melakar kartun Nabi di laman webnya dan mencadangkan 20 Mei sebagai ‘Hari Melakar Nabi Muhammad’ yang disusuli dengan langkah pengguna siber menggunakan Facebook untuk menyertai usaha itu.

Norris kemudian menegaskan, beliau tidak mengesyorkan langkah itu kepada orang lain meskipun namanya digunakan sebagai alasan.
“Saya tidak pernah membuka laman Facebook untuk tujuan itu termasuk menyuruh mereka menghantar lakaran kepada saya dan saya juga tidak pernah menerimanya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta maaf atas peranannya dalam kontroversi berkenaan sambil menerima pandangan bahawa kandungan gambar Nabi Muhammad mencetuskan kemarahan umat Islam yang tidak pernah cuba menyekat kebebasan bersuara orang lain.

YouTube pula memberitahu, ia sedang mengkaji perkara itu bagi memulihkan khidmatnya kepada pengguna secepat mungkin. – Agensi
 
perkara ni dah byk kali berlaku....depa cam main2 je!
 
tak denya nak minta maaf betul2...
dah tau sensitiviti umah islam kat dunia ni takkan tak paham2...
apa kat kalau kita pulak main2kan tuhan dieorg reti pulak marah...
 
xbaik balas membalas secara x baik.
elok je kita mengagungkan tuhan kita dgn cara tersendiri,
berhemah dan berkelaku baik. mudah2an diorang akan memeluk
agama Islam Yang Maha Suci ini. insya-Allah. amin!
 
kita umat islam dah diajar bersabar...
kalau kita membalas balik tak ubah la perangai kita pun sama macam dieorg :))
 
Back
Top
Log in Register