BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta duit susu anak, tapi dapat penampar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hawa ketika mendapatkan bantuan Pembela BN, semalam.​

AYER KEROH - Hanya kerana meminta wang untuk membeli susu anak, seorang wanita teruk dibelasah suaminya tanpa ada perasaan belas kasihan.

Keadaan itu menyebabkan Hawa (bukan nama sebenar), 25, mengalami beberapa kecederaan di muka.

Lebih tidak berhati perut, si suami turut membiarkan seorang rakan menampar muka isterinya sehingga berdarah tanpa sedikit pun rasa simpati.

Semua kejadian itu berlaku selepas empat bulan Hawa berkahwin dengan lelaki itu yang sebaya usia dengannya.

Menceritakan kejadian, Hawa berasal dari Alor Gajah berkata, dia meletakkan harapan tinggi untuk membina sebuah ikatan bersama lelaki itu selepas perkahwinan pertamanya musnah.

"Perkahwinan saya dengan suami pertama hanya bertahan tujuh tahun. Kami dikurniakan tiga anak, kini berusia 7, 5 dan 3 tahun. Dua daripadanya saya pelihara, seorang lagi dijaga bekas suami.

"Selepas tiga tahun bercerai, saya dikenalkan dengan seorang lelaki sebaya juga berasal dari daerah sama menerusi seorang rakan. Kami berkahwin pada Mac tahun lalu, biarpun menempuh pelbagai rintangan," katanya.

Dia berkata, tekanan ekonomi membuatkan sikap suami bertukar menjadi panas baran.

"Berpunca daripada sedikit perselisihan faham boleh menyebabkan saya dikasari. Sepak terajang sudah jadi mainan suami, malah dia pernah memijak muka saya sehingga saya patah hidung.

"Ketika saya mengandung sekali pun, dia tetap memukul saya. Dia pernah menendang kandungan saya tetapi mujur tidak apa-apa yang berlaku," katanya.

Hawa berkata, kemuncak perkahwinan mereka apabila suaminya melafazkan cerai di luar mahkamah pada Mac lalu dan kemudiannya penceraian disahkan Jabatan Agama Islam Daerah Alor Gajah pada 13 April lalu.

"Yang saya tidak puas hati, meskipun sudah lebih 10 laporan polis dibuat tetapi bekas suami tetap bebas tanpa ada satu pun kes yang boleh dikaitkan dengan keganasan dilakukan terhadap saya.

"Meskipun kami sudah bercerai tetapi setiap kali saya menuntut nafkah anak, pasti akan terjadi pertengkaran sehingga dia memukul saya," katanya yang mahu menuntut keadilan berhubung perkara tersebut.

Berikutan buntu memikirkan masalah itu, Hawa akhirnya membuat aduan di pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri Melaka di sini, semalam.

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan membantu ibu berkenaan dengan menyediakan khidmat guaman bagi membuat pendakwaan terhadap si suami.

"Kita akan menjalankan perbincangan dengan peguam bagi membolehkan tindakan diambil supaya kes ini dapat dijalankan dengan segera.

"Saya difahamkan, dia sudah membuat banyak laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya unsur kekerasan," katanya.
 
"Yang saya tidak puas hati, meskipun sudah lebih 10 laporan polis dibuat tetapi bekas suami tetap bebas tanpa ada satu pun kes yang boleh dikaitkan dengan keganasan dilakukan terhadap saya.

part ni aku xpuas ati gak sbb kes kak ipar aku...kene pukul smpai lebam2...darah2....xde org nak tolong, so aku tolong.aku report polis...xde tindakan...

kebetulan plak setan tu g tumbok muka isteri die dpn balai polis, polis pon tangkap la...tp still boleh bebas dgn ikat jamin...boleh balik rumah plak tu...si isteri dah minta cerai tp si setan nie xnak ceraikan sbb isteri byk harta..
 
Fasakh[sunting | sunting sumber]
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.

Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).



Cara melakukan fasakh[sunting | sunting sumber]
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)

Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.

Antara sebabnya ialah :-

tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam
 
Back
Top
Log in Register