BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINGGU DEPAN: Harga saham diunjur terus naik

Pak.Lang

Active Member
Messages
1,595
Joined
Jan 28, 2010
Messages
1,595
Reaction score
137
Points
33
KUALA LUMPUR-- Harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan, didorong oleh sentimen positif yang muncul setelah pengumuman keputusan korporat suku pertama yang baik serta rangsangan daripada bank-bank pusat global, kata Affin Investment Bank.

Naib Presiden Ketua Penyelidikan Runcitnya Dr Nazri Khan berkata beberapa proses korporat yang menarik diumumkan minggu ini akan membawa kepada kenaikan minggu depan.

Ini termasuk cadangan AMMB untuk memperoleh Kurnia Insurans Bhd; Shell Malaysia menandatangani kontrak penerokaan baru dengan Petronas di Sarawak serta Ekuinas Nasional Bhd memperoleh kapal daripada Tanjung Offshore untuk menggalakkan lebih banyak lagi penggabungan dalam industri minyak dan gas.

Beliau berkata pemulihan yang hebat daripada ekuiti global dan pasaran saham China akan memberikan lebih banyak momentum meningkat kepada pasaran baru muncul termasuk Malaysia.

"Memandangkan China adalah pengimport komoditi terbesar dunia, kami menjangka saham China yang lebih kukuh dan kelemahan dolar AS akan membawa kepada lebih banyak pembelian komoditi yang sebaliknya memberi faedah kepada saham-saham Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Nazri berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pulih dengan pantas ke paras psikologi 1,600, mengatsi minggu lepas dan mungkin juga merangsang sentimen tempatan jangka pendek.

Bank pelaburan itu juga berpendapat bahawa beberapa saham wajaran tinggi yang berkaitan KLCI seperti Genting, Tenaga, Telekom, Public Bank, YTL dan Sime Darby, berjaya menguji paras sokongan utama dan menunjukkan kebingkasan selepas pasaran turun.

Selain itu, pemulihan FBMKLCI disebabkan oleh saham-saham teknologi dan perladangan, yang dianggap antara sektor paling sensitif dari segi ekonomi.

"Kemampuan kedua-dua sektor untuk pulih dengan kukuh merupakan petunjuk positif bagi pasaran jangka pendek," kata Nazri.

Semasa FBMKLCI menunjukkan kenaikan, beliau berkata data ekonomi yang positif membantu menolak indeks ke arah paras halangan jangka pendek 1,620.

Antara data ekonomi yang positif dan mesra pasaran dijadualkan diumumkan minggu depan termasuk Indeks Harga Pengguna dan kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata, mesyuarat G7 minggu ini penting untuk menawarkan pemangkin positif mengenai rangsangan perkumpulan itu bagi tindakan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai isu Sepanyol dan Portugal baru-baru ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran kukuh dengan FBM KLCI ditutup 4.25 mata lebih tinggi pada 1,603.12 berbanding 1,598.87 yang dicatatkan Jumaat lepas.

Indeks Kewangan susut 41.53 mata kepada 14,338.07, Indeks Perusahaan berkurangan 3.15 mata kepada 2,869.28 manakala Indeks Perladanagan melonjak 69.57 mata kepada 8,843.33.

Mengenai keputusan korporat, Tenaga Nasional mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.81 bilion bagi suku kedua yang berakhir pada 29 Feb selepas mencatatkan kerugian untuk tiga suku tahunan sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, Indeks FBM Emas menokok 30.77 mata kepada 10,994.37, Indeks FBM Ace menambah 1.29 mata kepada 4,535.89, Indeks FBM Mid 70 melonjak 33.43 mata kepada 12,086.4 manakala FBMT100 naik 28.75 mata kepada 10,793.71.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 4.638 bilion saham, bernilai RM5.913 bilion, daripada minggu lepas sebanyak 5.41 bilion saham bernilai RM6.23 bilion.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan juga berkurangan kepada 3.132 bilion saham, bernilai RM5.673 bilion, daripada 3.63 bilion saham bernilai RM5.86 bilion yang dicatatkan minggu lepas.

Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 1.126 bilion saham, bernilai RM177.983 juta, daripada 1.89 bilion saham, bernilai RM241.61 juta yang diurus niaga minggu sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 365.327 juta unit bernilai RM55.33 juta daripada 863.13 juta saham, bernilai RM115.35 juta sebelumnya.

-- BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register