BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Mindset".

Contoh nya..
1. Gaji yang diperolehi tidak cukup untuk menampung seisi rumah...so terbukalah minda utk mencari maklumat2 mengenai perniagaan...tak kisah margin besar @ kecil..yang pada dasarnya takut utk memulakan satu perniagaan kerana takot akan kerugian/penipuan/keuntungan yang lambat..akan tetapi mencuba memulakan perniagaan kerana nak tambah pendapatan..so bermulalah "mindset" bertukar menjadi usahawan...walaupon hanya kecil2lan...tetapi sikit2 lama2 jd bukit..

"never estimate the small amout of money" - Joe Ades: Peeler Peddler 1933-2009​
ni contoh je taw... :D:)

saya xrasa mindset ni akan begitu mudah bertukar. sebab berapa ramai antara kita yang cuba mcm2 bisnes, buat itu ini, tapi masih tak berjaya?

melompat2 bisnes adalah trend yang biasa saya lihat (saya pun ada buat). banyak antara kita buat tapi TAK HABIS. sebab apa? sebab saya yakin mindset masih belum2 bertukar. jalan sket, jumpa batu kecil, ok boleh jalan lagi. tapi jumpa batu besar, back off, balik pada point yang sama. dan mindset tetap berada di tahap tu- sebab nya belum lagi mendapat result yang kita betul2 mahu kita da mula mengalah bila jumpa halangan.
 
da banyak kali cuba jual barang. tp tengok barang cm x elok sket je terus stop :))

persoalan nya betul2 bagus atau tidak? atau mungkin serampang dua mata, kot.

kalau bagus sejauh mana kita harus amalkan sikap mencari perfection ni? di level mana kita harus consider boleh meneruskan service atau product tersebut andai kita dah mula detect product tersebut ada defect :)

rasanya tak perlu sampai perfect kot....cukuplah sekadar ianya berbaloi dengan harga yg perlu dibayar oleh pelanggan utk mendapatkan faedah dpd produk atau perkhidmatan tersebut..

yg paling susah bila jual produk yg resultnya belum tentu dapat dan agak subjektif seperti makanan kesihatan, syampu dan sebagainya..
 
dalam perniagaan..setiap perubahan strategi memerlukan modal..jadi walaupun mindsetnya masih kukuh TETAPI modal dan ZERO..macam mana nak teruskan...:(
 
rasanya tak perlu sampai perfect kot....cukuplah sekadar ianya berbaloi dengan harga yg perlu dibayar oleh pelanggan utk mendapatkan faedah dpd produk atau perkhidmatan tersebut..

yg paling susah bila jual produk yg resultnya belum tentu dapat dan agak subjektif seperti makanan kesihatan, syampu dan sebagainya..

ya betul juga. akhirnya orang akan tetap berbalik kepada nilai product atau service tersebut, adakah setanding dengan harga.
 
saya xrasa mindset ni akan begitu mudah bertukar. sebab berapa ramai antara kita yang cuba mcm2 bisnes, buat itu ini, tapi masih tak berjaya?

melompat2 bisnes adalah trend yang biasa saya lihat (saya pun ada buat). banyak antara kita buat tapi TAK HABIS. sebab apa? sebab saya yakin mindset masih belum2 bertukar. jalan sket, jumpa batu kecil, ok boleh jalan lagi. tapi jumpa batu besar, back off, balik pada point yang sama. dan mindset tetap berada di tahap tu- sebab nya belum lagi mendapat result yang kita betul2 mahu kita da mula mengalah bila jumpa halangan.

bila dah mula mencuba ok lah tu...berjaya @ tidak tgk pada konsisten @ tidak dalam satu bines....nak bisnes bukan nye setahun dua punya progress yang tentukan kita berjaya @ tidak...bahkan kene tggu hampir 10 tahun..so ramai yang tak mampu nak tggu...banyak mengharap utk keuntungan terdekat punca cepat mengalah......hik3...

dari saya: insan biasa..:)
 
pakmil memang networking punya bidang. cuma saya rasa maksud menaja dia kat sini ialah "mencari dan mencari customer dan jangan give up".

menaja tu mungkin bukan perkataan yang sesuai. sebab menaja tu adalah result, meaning dat, dah berjaya dapatkan orang. yang sesuai mungkin "mencuba" :D

tapi teringat dulu kisah seorang jutawan dalam insurans, bagaimana dia punya tekad nak dapat kan client, sampaikan kalau sehari dia belum dapat client lagi, dia xkan balik rumah. determination yg sgt tinggi. cina la tapi :p

itu memang kaw kaw punya semangat dan nekad tu. tapi cukup sekadar selangkah keluar pada rumah, jumpa paling minima 10 orang untuk sharing bidang yang kita buat pun dah ok. jangan lupa bagi bisnes kad.

close atau tidak prospek tu Allah yang tentukan. takkan pulak nak desak atau paksakan? :"> sekurang2nya kita dah buat iklan tu. :p

senyuman tu adalah sedekah dan juga rezeki :) dengan senyumanlah aku dapat ramai bisnes partner. syukur.
 
saya bagi perbezaan antara remaja yang jual kerepek tersebut dan remaja yang xpunya apa2 skill/ source. remaja yang jual kerepek, dia punya legasi, ada mentor, seperti yang tuan tekan kan dalam post yang sebelumnya. jadi dia ada knowledge dan skill, juga network yang sedia ada (dr mak nya) yang dia perlu hanya kembangkan saja jaringan network tersebut.

dan cuba tuan bandingkan dia dengan seorang lagi remaja yang mana parents nya bekerja dengan orang, dr tua sampailah ke pencen, hidup mati hanya dengan duit makan gaji. pasti dia akan punya rasa takut dan was2 yang sangat mendalam sebab dia tak pernah tengok RESULT dengan mata kepala sendiri bukan?

remaja yang jual kerepek tu agak beruntung. kalau mak nya jual kerepek, dan dia pernah hidup dengan duit hasil jualan kerepek tersbut, pasti self esteem nya tinggi yang perniagaan kerepek nya akan berjaya. like, "aku jual kerepek pun lagi kaya dr org makan gaji so nak malu apa."

jadi saya rasa comparison tu agak tidak adil :p

hehehe. tak jugak seperti apa yang kita fikirkan. :">:"> ramai jugak kat luar sana mak ayah keturunan bisnes punya. tapi anak2 tak suka bisnes dan tak minat bidang bisnes.

mindset orang kita ni dari dulu lagi disuruh belajar. tak diterapkan berniaga. tu yang ramai malas dan malu. mindset tu kuat mengatakan TAK NAK dan TAK PANDAI dan MALAS dan macam2 lagi alasan sebenarnya.

zaman sekarang ni pun ramai orang tahu duit tu penting untuk segala urusan & kehidupan. tapi ramai yang nak duit. tapi kerja memilih satu hal dah. tak cukup gaji pun sama jugak. bukan mereka ni tak tahu yang 1/9 rezeki dari perniagaan.

cumanya mereka ni macam apa yang aku cakapkan. MALAS mungkin terlalu kuat dalam diri atau tak nak amik tahu dan berjinak dengan perniagaan.

cuba attend mana2 kursus atau forum atau baca buku tentang cara berbisnes. mungkin dari situ mindset dah berubah sedikit dan ada rasa untuk cuba berbisnes tak kira apa bisnes sekalipun.

aku amek contoh macam adik perempuan kecik aku yang 2 tahun lepas habis SPM. dia buat pilihan nak kerja dengan abang sedara dia. aku suruh dia meniaga kat pasar malam. dia kata tak pandai dan malu. aku paksa jugak dia meniaga sebab masa tu aku ugut dia kalau dia tak meniaga aku akan gajikan budak lain dengan gaji yang lumayan. masa tu dia setuju dan start meniaga. untung tak untung belakang cerita lah.

bila start hari ke-2 nak meniaga. dia semangat nak meniaga. pasal dia kata seronok dapat duit poket semalam niaga walaupun tak banyak.

itu kisah adik aku yang pening nak cari duit tapi kena paksa dengan aku untuk meniaga. nak tak nak dia tak ada pilihan.

p/s : type dalam mood letih nak tidur. :p:p kalau merapu tu sorry la ye. :))
 
contohnya tuan?

contoh dia mudah je. tindakanlah. contoh macam ni. aku suruh ko bangun dari kerusi dan pergi amek barang 10 kaki dari tempat ko.

mesti ko malas dan tak nak pergi amek barang tu kan? pasal apa? pasal... buat apa nak amek? dengar arahan aku plak tu. betul tak?

tapi, cuba aku amek wallet ko dan buang 10 kaki jauh dari tempat ko. lepas tu aku blah. ko nak tak nak mesti ko bangun dari tempat ko dan pergi amek wallet ko tu.

atau contoh mudah = masalah dalam kehidupan yang membuatkan seseorang untuk berubah dengan berbuat tindakan. masalah utama yang membuatkan seseorang tu buat tindakan kebanyakkannya dari segi kewanganlah.
 
ko sama mcm aku. bila aku xyakin ngn product tu aku xboleh nak jual. nak putar belit boleh tapi at the end aku akan rasa serba salah sangat. dan aku rasa diri aku ni jahat kalau wat cmtu :(

naif kan?

bagus ke x ada sikap mcmtu sebenarnya ek. sebab kalau kita mencari perfection rasanya memang susah nak jumpa. but if aku fikir2 balik banyak je barang2 di pasaraya yang claim mcm2 but resultnya xsama mcm apa yg dorang claim. mcm syampoo, mereka claim kalau pakai rambut lurus lembutlah bagai tapi still ketak jugak.

but org tak kecoh pun.

so adakah untuk betul2 berjaya kita harus tetap menjual walaupun BARANG TU XELOK?

kebanyakkan barangan yang keluar iklan kat media tu semua boleh dikatakan marketing diorang je. ada dengar iklan radio pasal sabun TOP? yang dalam iklan tu kata buang bakteria 99.99% dan tak gatal badan dan juga tidur lena bila guna sabun tu. mesti ada dengarkan?

tu semua marketing diorang je. bayar duit. claim jelah dalam iklan tu. dalam kepala orang ingat jenama tu. pergi shopping complex bila nak beli sabun teringat jenama TOP.

satu lagi produk coklat. macam kit kat, cadburry, coki coki macam2 lagi. semua keluar iklan. rasanya semuanya coklat je. tapi iklan diorang yang mahal untuk lekatkkan BRAND diorang dalam kepala orang2 yang dengar. produk diorang tak mahal mana pun.

kalau produk bagus dan dah terbukti keberkesanan dia. barulah share dengan orang lain. jangan plak produk tak tahu apa cerita terus nak share dengan orang dan nak jual. tu memang naya orang lah.
 
org bukan melayu sungguh2...org melayu semangat sekejap...pastu xberpanjangan....huhuhuhuhu xyah ckp org lain, aku pun sama...hahahaha jujurnya:">
 
Back
Top
Log in Register