BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minda: Adab dalam masjid

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MASJID adalah tempat pembinaan akhlak yang sangat penting bagi umat Islam. Di tempat mulia ini ada adab perlu diperhatikan. Namun, ramai kaum muslimin melalaikan adab berkenaan sedangkan mereka berada di rumah Allah.

Terdapat beberapa kesalahan sering dilakukan ketika seorang Muslim berada di masjid. Antaranya ialah:

i. Memakai pakaian tidak baik ketika solat

Allah tidak hanya memerintahkan kita memakai pakaian menutup aurat, tetapi memerintahkan untuk memperbaguskan pakaian apa lagi ketika ke masjid. Firman Allah bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Surah Al A’raf: Ayat 31).

Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya mengatakan ayat itu dapat diambil pelajaran iaitu kita disunatkan berhias ketika solat, lebih-lebih lagi ketika Jumaat dan hari raya.

Namun sekarang ramai orang Islam pergi ke masjid hanya mengenakan pakaian seadanya, padahal dia memiliki pakaian elok. Tidak sedikit pula mengenakan pakaian bergambar yang tidak sesuai atau tertera kata-kata menampakkan kejahilan.

Akibatnya, jemaah di saf belakang melihat dan membaca sehingga mengganggu tumpuannya.

ii. Tidak meluruskan saf dan tidak mahu di saf pertama.

Di kebanyakan masjid, kerapian, kelurusan dan kerapatan saf solat berjamaah sering diabaikan. Padahal saf tidak rapat akan mengganggu ketenangan solat. Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Luruskanlah safmu atau Allah akan menaruh permusuhan dan kemarahan dalam hati kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Sahabat Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu berkata: “Kami melihat salah seorang di antara kami menyentuhkan bahunya dengan bahu temannya.”

Bahkan Imam Bukhari dalam kitabnya membuat satu judul bab iaitu: “Hendaknya bahu menyentuh bahu dan kaki menyentuh kaki dalam peraturan saf.”

Namun, kadang-kadang seseorang malas berada di saf pertama dan lebih suka berada di saf belakang. Bahkan dia mempersilakan orang lain mengisi saf pertama, sementara dia berada di belakang.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Andaikan manusia tahu betapa besarnya pahala orang menjawab azan dan saf yang pertama, lalu dia tidak mendapatkannya kecuali dengan undian tentu dia akan mengikutinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

iii. Berjalan tergesa-gesa dan tidak segera solat bersama imam.

Seorang yang khuatir ketinggalan solat hendaklah tetap berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa apalagi sampai berlari untuk menuju ke masjid. Rasulullah bersabda bermaksud: “Jika kamu mendengar iqamat, hendaklah berjalan untuk solat. Wajib bagimu berjalan dengan tenang dan janganlah terburu-buru. Apa yang kamu dapati bersama imam maka kerjakanlah dan yang kurang, sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kadang–kadang ada makmum mendapati imam yang sedang sujud tidak segera ‘takbiratul ihram’ dan sujud tetapi menunggu sampai imam berdiri. Perbuatan ini bertentangan dengan sunnah berdasarkan hadis di atas.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya imam itu dijadikan ikutan, jika ia bertakbir maka bertakbirlah, jika ia sujud maka bersujudlah dan jika dia bangun maka bangunlah.” (Hadis riwayat Muslim)

iv. Jual beli dalam masjid

Jual beli dalam masjid hukumnya haram, berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli barang dalam masjid, katakan kepadanya: “Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Hadis ini juga memerintahkan kita yang melihatnya untuk mengatakan: “Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu” sebagai teguran dalam bentuk doa, kerana masjid dibangunkan bukan untuk berjual beli.

Dengan menyedari beberapa kesalahan ketika di dalam masjid, dapatlah kita mengelakkan diri daripada terus melakukan kesalahan itu.

 
jom la sme2 perbtl kn yg mne xbtl...
 
alamak...yg tergesa2 ngn tidak solat bersama imam yg slalu aku buat....huhuhuh thank tt....tersedar aku ari nih...:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)paid:)paid
 
Back
Top
Log in Register