BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mimpi pelik

beli kat kedai mamak...
kadai cam gitu banyak buku2 yg kaitan ngan cenggini..

Oh ya baru aku ingat.Betul kata kau Bro farouck.
Aku beli kat kedai mamak masa nak photostate IC aku da..
 
salam..hehe..mana ko tau dia nabi isa? mainan syaitan sungguh realistic n sofistikated.. ko penah tgk gambar dia ker..syaitan boleh menyamar menjadi apa saja..kecuali Nabi Muhammad s.a.w. ko jumpa ker? sesuatu yg datang pada kita dlm mimpi atau di alam nyata..kita xleh kata pape..sebab kita taktau samaada malaikat atau syaitan...walau apapun..ko rujukla pada alim ulamak..wallahu'alam..

kalau ikut kata Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din, kalau mimpi jumpa nabi... kita akan tahu nabi tanpa diberitahu... kalau dlm mimpi tu org tu ngaku nabi.. memang sah itu syaitan.. atau yg ngaku nabi tu... x ada langsung ciri2 kenabian.. @ perkara mustahil bg nabi.. seperti pakai seluar pedek atau sbgainya...

Wallaluhualam....
 
kalau ikut kata Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din, kalau mimpi jumpa nabi... kita akan tahu nabi tanpa diberitahu... kalau dlm mimpi tu org tu ngaku nabi.. memang sah itu syaitan.. atau yg ngaku nabi tu... x ada langsung ciri2 kenabian.. @ perkara mustahil bg nabi.. seperti pakai seluar pedek atau sbgainya...

Wallaluhualam....

betol kata ko...dlm mimpi aku tu..dia tak bagitau pon dia nabi...cuma kelakuan dia spt nabi...so..aku boleh agak yg dia tu nabi...nak2 masa mimpi tu dunia hampir musnah...dan dia dtg kpd aku dan semua org...mcm sessi menyelamat lah..hehe..wallahualam-
 
erm...

aku pon nak la jugak bertanye.. sbb ade la mimpi ni berkali2 bukan skali dua..

mimpi aku ni berkaitan gigi..

aku slalo mimpi gigi aku rosak dan patah..

kekadang mimpi gigi terbelah dua sampai kekadang sedar macam betul2 je gigi aku da takde..

mimpi sakit gigi la .. semua berkaitan gigi..

tapi yg pelik tu berkali2 ekekek.. heran bin ajaib :P padahal aku slalo gak wuduk dulu baru tidur :P baca doa tidur sume mimpi gak ... muskil2

ye la dulu penah gak risau aa sbb org kate kalo mimpi gigi patah ke alamat org rapat ngan kite meninggal.. mase first time tu aku mimpi mcm tu .. nak nangis pon ade risau gile..
 
ini aku copy dari tafsir mimpi..kat forum mana ntah tadi..dah terclosed plak...

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda berkemungkinan akan masuk syurga

Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan

Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.

Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.

continue....
 
Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh malmsteen2002 petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit

Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal
"
 
Mimpi pelik... aku byk mimpi pelik...
Sejak akhir ni kurang sket...
Mungkin aku makin lagha kot...

ni antara mimpi yg aku ingat..:

Masa darjah mimpi makan nasi kat gerai tepi jalan...
yg peliknya, makin aku makan, nasi tu tak luak2..
arwah mak aku cakap tu maksudnya rezeki aku tak putus... Allahualam..

masa form 1 aku pernah mimpi kertas soalan Geografi, tapi 1muka surat je..
Memang soalan tu kluar masa exam... kebetulan je kot

mimpi anjing besar..lagi besar dr manusia...
anjing tu kena ikat tali ngan tuan dia...
tuan dia org india..
anjing tu nak bermanja n jilat aku..
aku ngelak n lari... sbb taknak samak..
tak tahu aa mimpi ni ada maksud ke tak

mimpi ada org tua yg tak dikenali tgh nazak
dlm rumah kayu besar... byk tingkap n cantik...
yg ada kat situ aku ngan org tua tu je..
org tua tu nak tari tgn aku... pastu aku terjaga... #:-S

mimpi berada dlm kuil india yg byk ular
2 ekor ular senduk patuk kaki

ntahla... byk lagi mimpi2 pelik yg menanggu tidor.. :(
 
semalam aku mimpi jumpe michael scofield (prison break)..tu ape makna pulak tu? :P :P
 
Back
Top
Log in Register