BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mimpi kain putih terbang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MARANG - "12 jam sebelum kemalangan, saya dapat mimpi, mimpi melihat kain putih berterbangan,” kata Abd Ghani Abdullah, 57, bapa kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Allahyarham Mohd Farid Anwar, 32.

Allahyarham Mohd Farid meninggal dunia manakala rakan sekerjanya, Norkumalasari Jamil cedera apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa dipercayai terbabas di Kilometer 244.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang, Kuantan petang kelmarin.

Mangsa yang juga bekas pemain sepak takraw Terengganu itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menyertai kontinjen Terengganu sempena Sukan Malaysia (Sukma) Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, berakhir Ahad lalu.

Abd Ghani dan isteri, Sharipah Md Hanafiah, 57, juga menyatakan terlalu sebak dengan kejadian itu kerana tidak membawa pulang jenazah anak kelima dari enam beradik itu ke rumah, sebaliknya disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Bapa mangsa yang tinggal di Rhu Muda di sini, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu selepas menerima panggilan daripada pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

“Pada 29 Jun lalu, anak saya menghantar pesanan melalui SMS dan dia (arwah) memohon agar saya berdoa untuk masa depan hidupnya dan ketika itu saya berada di Makkah menunaikan umrah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut bekas pegawai Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu, dia juga terkilan kerana anak (arwah) tidak menghantar SMS memaklumkan dia akan pulang kelmarin, kerana kebiasaannya dia pasti akan menghantar SMS terlebih dahulu sebelum pulang dari menyertai sebarang kejohanan sukan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Farid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rhu Muda, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang dan kira-kira satu kilometer dari rumahnya di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, kerajaan negeri malam semalam, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ucapan takziah tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Rozi Mamat semasa sidang media selepas majlis Sambutan Hari Belia Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER).

“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Kami juga turut mendoakan agar seorang lagi mangsa (rakan sekerja arwah) yang cedera parah segera sembuh,” katanya.




sumber;http://www.sinarharian.com.my/mimpi-kain-putih-terbang-1.180733
 
Kejap lg mesti ada yg sebut "viva lagi"

Apa2 pn takziah buat keluarga arwah
 
takziah..mengantuk agaknya tu
 
Back
Top
Log in Register