Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Pada tahun 2021, Bell menunjukkan konsep tiga pesawat di konsep di bawah projek Pesawat Terbang Menegak Berkelajuan Tinggi (HSVTOL). Ia menggabungkan kemampuan terbang menegak seperti helikopter pesawat Bell V-280 Valor dengan kemampuan terbang mendatar pantas menggunakan enjin jet. Pesawat konsep ini telah dipilih oleh DARPA ke fasa kedua projek Speed and Runway Independent Technologies (SPRINT).
Bell dipilih kerana mereka sudahpun berjaya menguji sistem kipas yang boleh dilipat apabila pesawat terbang secara mendatar tahun lalu. Konsep asal HSVTOL terdiri daripada pesawat kargo, pesawat membawa tentera infantri dan satu lagi dalam bentuk dron kecil.
Teknologi SPRINT ingin digunakan bagi menghasilkan pesawat kargo yang boleh mendarat di mana-mana sahaja ia diperlukan oleh tentera. Ini kerana Tentera Amerika Syarikat ingin bersedia sekiranya perang merentasi pulau berlalu di Asia sekiranya China ingin meluaskan kuasanya. Pesawat kargo yang akan dibina kelak akan dilengkapi sayap selebar 40 meter dengan ruang kargo selebar 40 kaki.
Selain melaburkan dana dalam program pembangunan pesawat hibrid ini, USAF juga sedang membangunkan sistem Rocket Cargo yang boleh menghantar keperluan ketenteraan di mana-mana lokasi dunia dalam masa sejam menggunakan roket. SpaceX dan Rocket Lab Inc telahpun dipilih dengan setiap roket perlu membawa sehingga membawa sehingga 82 tan kargo yang sama dengan kapasiti pesawat kargo Boeing C-17 Globemaster III yang digunakan sekarang.
Sumber asal https://newatlas.com/military/bell-gets-darpa-green-light-build-jet-rotor-x-plane/