ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BERLIN 5 Ogos – Dua anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) bersenjata dan bertutur dalam bahasa Jerman memberi amaran akan menyerang Jerman dalam video terbaharu yang disiarkan melalui internet, hari ini.
Video klip selama lima minit itu merakamkan kedua-dua lelaki itu menggunakan raifal sedang membunuh dua lelaki yang sedang melutut di bandar purba Palmyra di Syria yang ditawan IS pada Mei lalu.
Dalam mesej yang disiarkan dalam bahasa Jerman itu, yang jarang-jarang dilakukan, anggota militan itu menggesa “saudara lelaki dan perempuan kami” di Jerman dan Austria supaya menyertai IS di Syria dan Iraq atau melancarkan serangan terhadap “mereka yang tidak beriman” di Jerman.
Salah seorang lelaki itu mengancam untuk membunuh Canselor Jerman, Angela Merkel, bagi menuntut bela atas “darah orang Islam yang tumpah di bumi Afghanistan”, di mana Jerman turut menghantar tentera menyertai tentera NATO, dan kerana sokongan mereka kepada tentera bersekutu menentang IS.
Perisik Jerman menganggarkan 600 rakyat Jerman menyertai kumpulan-kumpulan jihad di Syria dan Iraq. – AFP