BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Microsoft Sedang Membangunkan Surface Pro 11″ Dan Surface Go 4 Dengan Cip ARM

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Sejak Microsoft memperkenalkan Surface saya terus menjadi salah seorang peminat kepada produk ini kerana ia nampak cool. Tetapi tidak pernah dapat membeli peranti ini sendiri. Hari ini Surface sudah ada banyak jenis sama ada laptop, telefon pintar dan juga tablet hibrid. Terbaru Windows Central melaporkan yang Microsoft sedang membangunkan Surface Pro yang lebih kecil iaitu dengan skrin bersaiz 11″ berbanding 13″ yang biasa digunakan.

Kod nama produk ini adalah Luxor dan ia akan mempunyai saiz seakan sebuah Surface Go tetapi jauh lebih berkuasa. Pada masa sama model 13″ turut akan kekal dijual cuma Microsoft ingin memberi pengguna pilihan seperti Apple dengan iPad Pro. Pada masa sama Microsoft turut dikatakan sedang membangunkan Surface Go 4 yang dijana cip ARM iaitu Snapdragon 7c. Produk ini menggunakan kod nama Tanta dan dikatakan akan mempunyai prestasi serta pengalaman penggunaan seakan Surface Go sedia ada cuma kini lebih efisien dengan bateri yang tahan lebih lama. Rekaan dikatakan akan diperbaharui dan mungkin akan ada sokongan 5G.
1682349515424.png
 
Back
Top
Log in Register