BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Microsoft Menambah Sokongan Integrasi Python Ke Excel

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Excel merupakan salah satu perisian atau aplikasi yang digunakan dalam pengiraan dan menganalisa data secara meluas di seluruh dunia. Dalam terus menambah-baik perisian berkenaan, kini Microsoft mengumumkan integrasi sokongan Python ke Excel. Integrasi Python dalam Excel mula diperkenalkan kepada pengguna Microsoft 365 dalam bentuk beta bermula hari ini. Ini sekaligus membolehkan pengguna melakukan analisis dan manipulasi data yang lebih berkuasa terus pada perisian Excel. Ia juga membolehkan pengguna melakukan sejumlah perkara tanpa perlu memasang perisian tambahan. Pengguna boleh melihat data Python pada grid yang sama di halaman Excel masing-masing.

Microsoft menyatakan pelbagai pengiraan melibatkan Python dilakukan melalui Microsoft Cloud, dan dipaparkan terus ke halaman Excel. Integrasi ini membolehkan pengguna melakukan sejumlah perkara, termasuk menggunakan ciri seperti Matplotlib dan Seaborn. Bagi anda yang menggunakan Microsoft 365, ciri integrasi Python pada Excel telah mula diperkenalkan bermula hari ini. Ciri ini boleh digunakan pengguna pada platform Windows terlebih dahulu, dan dijangka akan diperluaskan kepada platform lain tidak lama lagi.​

 
Back
Top
Log in Register