Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
SAN FRANCISCO 18 April - Microsoft semalam mengumumkan akan mengeluarkan versi terbaru permainan video popular, Halo pada November ini.
Syarikat perisian komputer gergasi itu menjangkakan versi terbaru permainan video tersebut bakal menjadi francais paling popular dalam tempoh sedekad akan datang.
Naib Presiden Korporat, Microsoft Studio, Phil Spencer berkata, Halo 4 yang direka khas untuk dimainkan menggunakan konsol permainan Xbox 360 keluaran Microsoft akan dilancarkan pada 6 November ini.
''Berjuta-juta peminat di seluruh dunia sedang menunggu pengeluaran versi terbaru permainan video ini,'' katanya dalam satu kenyataan.
Versi awal permainan video itu, Halo: Reach untuk konsol Xbox 360 berjaya dijual sehingga AS$200 juta (RM620 juta) di Amerika Syarikat dan Eropah pada hari pertama jualan pada September 2010.