BTC USD 49,051.8 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Akan Perkenal Ciri Auto HDR Untuk Windows 10

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,606
Reaction score
3,922
Points
236
Microsoft Akan Memperkenalkan Ciri Auto HDR Untuk Windows 10 – Olahan Warna Lebih Baik Untuk Sejumlah Besar Permainan PC

Xbox Series X hadir dengan sebuah ciri yang dinamakan Auto HDR untuk menampakkan grafik yang hadir dengan warna lebih menyerlah. Microsoft nampaknya bakal memperkenalkan ciri ini pada sistem operasi Windows 10 kelak, untuk menampakkan efek yang sama untuk permainan komputer yang tida menyokong HDR secara terbina. Menurut Microsoft, Auto HDR boleh digunakan pada sekitar 1000 permainan terpilih buat masa ini yang menggunakan API DirectX 11 dan DirectX 12 dan boleh diakses melalui menu paparan Windows 10 terbina.

Microsoft telahpun memperlihatkan perbezaan diantara SDR, Auto HDR dan ciri HDR natif, dan walaupun ia tidak dilihat sebaik versi natif, ia sedikit sebanyak memperlihatkan penambahbaikan daripada versi SDR tanpa penggunaan HDR langsung. Ciri Auto HDR ini sedang diuji melalui program Windows Insider, dan dilaporkan akan hadir pada kemaskini Windows 10 akan datang.

Auto-HDR.jpg.webp

Sumber asal https://www.windowscentral.com/windows-10-will-add-auto-hdr-over-1000-pc-games
 

CG Sponsors




Top
Log in Register