BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Mi True Wireless Earphones 2 Basic - Bateri Sehingga 20 Jam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Di acara khas, Xiaomi melancarkan beberapa produk baharu dan antara yang menarik perhatian kami ialah Mi True Wireless Earphones 2 Basic. Ia sebuah lagi fon telinga nirwayar dari Xiaomi dengan beberapa ciri premium,

Pertama sekali ia dilengkapi pemandu audio sebesar 14.2mm yang adalah lebih besar berbanding 10mm pada kebanyakan TWS lain di pasaran. Terdapat juga kawalan secara sentuhan pada sisi fon telinga, menjeda muzik apabila ditanggalkan dari telinga dan pengecasan menerusi port USB-C. Sokongan pengecasan nirwayar walau bagaimanapun tidak diberikan.

Dengan sekali caj setiap fon telinga boleh beroperasi sehingga 5 jam atau sehingga 20 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Sokongan audio sehingga AAC diberikan serta kemampuan tambatan pantas pada peranti Android. Harga jualan di Eropah ialah €39.99 (~RM195) sebuah.

Mi-True-Wireles-Earphones-2-Basic-C.jpg
 
ade pakai Mi yang sebelum nie...
memule ok...pastu biol...susah nak pakai pair serentak...

skang gune oppo....de membe dapat free beli tepon...
so far....sgt mengagumkan...
 
^^ fungsi dalam Android boleh diubah melalui Developer Settings, cuba akifkan can ubah aturan Bluetooth dalam tu, lepas tukar keluar / matikan mod Developer Settings .. contoh VIVO saya;

P/S: setting yang diubah akan kembali kepada asal setiap kali RESTART smartphone tu :)

1.jpg
 
Back
Top
Log in Register