BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mi Tikus, Nama Ganjil Tapi Enak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,421
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,421
Reaction score
279
Points
146
a849c77944bb52dc63e19508077cae4268181ff0a9bee

38df2f9db1a29136ed4c901210488749681820325cc56

44226b70d4c589b5e5a3f3e7ebcc51bd681820417fca6


Mi tikus, namanya sahaja sudah cukup unik untuk mencetuskan tanda tanya.

Namun di sebalik nama ganjil itu, menu yang dimasak penuh kasih sayang oleh seorang mualaf Redzuan Ooi Abdullah, 52, menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum sejak beberapa tahun lalu.

Buktinya kedai makan bernama “Ipoh - Ipoh Ajee” yang beroperasi di perhentian bas Medan Kidd, di sini seawal 7 pagi hingga 3 petang itu dipenuhi pelanggan yang mahu merasai keenakan mi tikus dan pelbagai menu lain.

Teknik menggoreng Redzuan atau lebih mesra dipanggil Abang Wan itu juga cukup unik iaitu dengan melambung-lambung mi dalam kuali dengan api menyala, itu pun sudah menarik perhatian.

“Mi tikus ini berasal daripada nama asli masakan Cina iaitu ‘lo shi fun’ yang  bermaksud mi tikus dalam dialek Kantonis, dari saya kecil ia memang dah dipanggil mi tikus kalau diterjemah ke bahasa Melayu, jadi saya kekalkan nama itu,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya, di sini.

Redzuan berkata mi tikus diperbuat daripada mi laksa pendek yang digoreng bersama beberapa bahan seperti bawang, telur, udang dan kicap.

Bapa kepada lima anak itu mengakui cukup bertuah apabila ditakdirkan memeluk agama Islam dan peluang itu digunakan untuk berkongsi menu itu dengan masyarakat Melayu.

“Seronok dapat tengok pelanggan Melayu nikmati makanan Cina, idea ini tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila isteri (Noraini Ropangi) yang ketika itu tidak bekerja mahu berniaga, jadi saya bantu dia. Ketika itu ada menu laksa dan mi kari, jadi saya masukkan juga menu masakan Cina,” katanya.

Anak jati Ipoh itu berkata dia pernah menimba pengalaman di sebuah restoran Cina di Klebang Besar, Melaka selepas tamat sekolah, membawa pulang teknik dan resipi yang kini diubah suai agar menepati piawaian halal tanpa mengorbankan rasa asli masakan Cina.

 
Back
Top
Log in Register