BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meterai perjanjian RM617j

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.JPG

Boon Lee (dua, kiri) dan Mori (dua, kanan) menandatangani perjanjian usahasama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TAN & Tan Development Berhad menjalin kerjasama dengan anak syarikat Mitsubishi Jisho Residence (MJR), MJR Investment Pte Ltd (MJRI) dengan nilai pembangunan kasar RM617 juta bagi tujuan pembangunan hartanah.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua syarikat berkenaan akan menubuhkan syarikat Cipta Klasik (M) Sdn Bhd dengan Tan & Tan memiliki pegangan 70 peratus dan MJRI 30 peratus.

Pegawai Eksekutif Kanan Mitsubishi Jisho Residence, Katsuaki Mori berkata, kerjasama itu merupakan usaha Mitsubishi Estate Groups mengembangkan perniagaan dan mempercepatkan pertumbuhan di rantau Asia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tan & Tan, Tan Boon Lee berkata, projek ialah pembangunan unit kediaman mewah 41 tingkat yang terdiri daripada 400 unit pangsapuri di atas tanah berkeluasan 688 kaki persegi sehingga 1,313 kaki persegi dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

"Kawasan kediaman itu juga akan dilengkapi pelbagai prasarana termasuk kolam renang, gimnasium dan kawasan rekreasi mewah, serta berhampiran dengan pengangkutan awam serta pusat perniagaan untuk kemudahan penduduk.

“Kami menjangkakan seramai 30 peratus pembeli asing dan selebihnya adalah daripada warga tempatan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
macam biasa unit pembangunan mewah..lupa pulak aku rakyat malaysia bergaji rm5900...
 
Back
Top
Log in Register