BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Messi tunggu Fabregas di Barca

Ahwazi Mustafa

Legendary Member
gem
Messages
11,542
Paid Membership
Joined
Feb 18, 2008
Messages
11,542
Reaction score
18
Points
130
'Saya amat teruja bermain bersamanya'

BEIJING: Bintang Barcelona, Lionel Messi menyuarakan hajat besar untuk beraksi bersama ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas yang sudah tidak lagi merahsiakan kecenderungan mewakili kelab juara Sepanyol itu satu hari nanti.

Messi memberi komen itu menjelang perlawanan persahabatan antara Barca dan kelab dari China, Beijing Guoan di Stadium Sarang Burung, Ahad ini untuk menyambut ulang tahun kedua Sukan Olimpik 2008.

“Saya amat teruja untuk bermain bersama Cesc Fabregas dalam kelab bola sepak yang sama satu hari nanti,” kata Messi, semalam.

Barca sudah pun secara terbuka menyuarakan minat mendapatkan khidmat Fabregas dan sanggup membayar sekitar 30 juta pound (RM150 juta) tetapi menghormati kemahuan Arsenal tidak mahu melepaskan ayam tambatan mereka itu.

Pengurus kelab elit Inggeris itu, Arsene Wenger sudah berulang kali berkata Fabregas - anggota pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2010 - harus memberi fokus membantu pasukan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada dibuai mimpi mahu pulang ke kelab yang mula diwakilinya ketika pemain belasan tahun.

Wenger pernah berkata dia mahu pemain tengah Sepanyol itu menamatkan khabar angin itu dan kembali dengan minda segar ke Stadium Emirates selepas percutian berikutan Piala Dunia di Afrika Selatan.
“Spekulasi tidak dapat disekat. Hanya dia boleh lakukan,” kata Wenger. - AFP
 
sayangnya tidak dapat saksi Messi jaring gol dalam World Cup 2010 :((
 
soon but dont know when..maybe next season. lol
 
Back
Top
Log in Register