BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesir akan buru pemimpin Ikhwan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kaherah: Mesir tetap akan memburu dan menahan pemimpin Ikwanul Muslimin yang meninggalkan Qatar.

Rancangan itu dinyatakan pihak berkuasa Mesir selepas Qatar mengarahkan pemimpin gerakan itu meninggalkan negara berkenaan selepas memberi perlindungan kepada mereka sejak penggulingan Presiden Mohamed Mursi.
Tindakan mengusir pemimpin gerakan yang dilabel kumpulan pengganas oleh Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu itu memberi isyarat bahawa Qatar berusaha membaiki hubungan diplomatiknya dengan negara Arab lain selepas renggang disebabkan gerakan berkenaan.

Sementara itu, Peguam Negara Mesir, Hisham Barakat meminta polis antarabangsa (INTERPOL) untuk menahan pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin termasuk mereka yang diusir dari Qatar.

Perkara itu didedahkan satu sumber kehakiman yang tidak mahu dikenali dan turut menyatakan nama yang dihantar ke INTERPOL itu termasuk “Orang yang diburu untuk siasatan kehakiman di mahkamah Mesir.”

Sumber Ikhwanul Muslimin sebelum ini berkata Qatar meminta tujuh pemimpin dan penyokong gerakan itu untuk meninggalkan negara berkenaan dalam masa seminggu sementara sayap politik gerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengumumkan menerima permintaan itu.

Antara pemimpin gerakan berkenaan yang bakal meninggalkan Qatar termasuk Setiausaha Agungnya, Mahmoud Hussein, ahli lembaga eksekutif FJP, Amr Darrag dan Hamza Zoubaa, bekas ahli Parlimen, Ashraf Badreldin, bekas timbalan menteri Baitulmak, amal Abdelsattar dan ulama pro-Ikhwan, Essam Teleima dan Wagdy Ghonim.

Sumber gerakan itu memberitahu, semua pemimpin itu akan memilih untuk pergi ke satu daripada lima negara -Tunisia, Turki,Sudan, Malaysia dan Britain.

Amr yang termasuk dalam kumpulan yang diarah meninggalkan Qatar menulis di dalam Facebooknya mengenai keputusan negara itu: “Kami menghargai sumbangan besar Qatar dalam menyokong kebangkitan Rakyat Mesir menentang junta tentera dan kami faham mengenai keadaan yang dihadapi negara ini. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MesirakanburupemimpinIkhwan/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register