BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin CDM syiling?

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=2652&lang=bm


Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling
No Ruj : 07/14/04 07 Jul 2014 Embargo : Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat yang terdapat Mesin Deposit Duit Syiling, sila lawati laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau hubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk butiran lanjut.

Lihat juga:

Mesin Deposit Duit Syiling - Lokasi institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji mengikut negeri [PDF, 218KB]
Mesin Deposit Duit Syiling - Klik pautan berikut untuk melihat peta lokasi: http://bit.ly/coindeposit

:eek::eek::eek:

Mungkinkah ini tanda-tanda bahawa siling @ coin Malaysia akan naik harganya...:)):))

Cheq nak peram coin cheq sampai BNM naikkan semula nilai coin 10 sen cheq bersamaan 10 USD....:eek::eek::eek:
 
:eek::eek::eek:

Mungkinkah ini tanda-tanda bahawa siling @ coin Malaysia akan naik harganya...:)):))

Cheq nak peram coin cheq sampai BNM naikkan semula nilai coin 10 sen cheq bersamaan 10 USD....:eek::eek::eek:

Masyukkk !! =D>
 
mesin ni better kot. klo hntr kt kaunter main timbang je. pstu amaun byk kurang. rugi je
 
mesin duit syiling ni kalau kat maybank equine park punya kena cas huhuhu
 
mesin ni better kot. klo hntr kt kaunter main timbang je. pstu amaun byk kurang. rugi je

yeke timbang?ingat zaman student dulu aku hantar bank islam,staf bank cakap dorang kira dulu esok baru masuk akaun.. besoknye aku tengok akaun,takde kurang pun
 
Back
Top
Log in Register