lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Mesej Suara Berulang (Korea)
Kisah ini berlaku pada bulan April 2018 di sebuah officetel (apartmen kecil) di kawasan yang sibuk tetapi sunyi pada waktu malam di Busan, Korea Selatan. yang bernama Hye-jin, di sebuah officetel di Busan.
Hye-jin merupakan seorang pelajar universiti yang menyewa bersendirian di officetel itu dan mula menerima panggilan telefon misteri dari nombor yang tidak dikenali pada waktu yang sama setiap malam—selepas pukul 12:00 tengah malam.
Setiap kali dia cuba angkat, panggilan itu akan terputus.
Akhirnya, dia menerima mesej suara (voicemail). Mesej itu sangat pendek, hanya berdurasi 3 saat.
Apabila dia mainkan, mesej itu hanya mengandungi bunyi air menitis ('drip... drip... drip') dan di penghujungnya, satu keluhan pendek seperti orang melepaskan nafas.
Mula-mula, Hye-jin anggap ia hanya prank atau spam. Dia terus blok nombor itu.
Nombor Yang Sama, Mesej Yang Berulang
Selang dua hari, dia mula menerima panggilan yang sama, pada waktu yang sama, tetapi dari nombor yang BERBEZA... namun mesej suara yang dihantar tetap sama iaitu bunyi air menitis serta keluhan pendek yang berdurasi selama 3 saat saja.
Kejadian ini berulang-ulang setiap hari hampir seminggu, manakala setiap panggilan itu pula datang dari nombor yang berbeza-beza. Tetapi, mesej suara itu sentiasa identikal dan tak berubah. Ia mula mengganggu tidur Hye-jin dan menghantui hidupnya. Dia rasa takut sangat sebab rasa macam ada 'benda' yang tengah mencari dan cuba berkomunikasi dengannya menggunakan kaedah yang dia tak boleh blok danhalang.
Hye-jin akhirnya memberitahu kawannya tentang obsesi bunyi voicemail itu. Kawan Hye-jin hanya menyarankan dia berhati-hati dan cuba mencari punca mesej itu datang dari mana.
Pada suatu malam, semasa Hye-jin mendengar semula mesej suara itu (Bunyi drip, drip, drip dan keluhan), barulah dia teringat dan terlintas di fikirannya nak siasat sejarah asal usul officetel yang dia sewa tu. Dan setelah siasat latar belakang bangunan itu, dia sangat terkejut bila dapat tahu:
- Officetel itu dibina di atas tapak rumah kediaman lama yang pernah menjadi lokasi seorang wanita membunuh diri di bilik airnya.
- Laporan polis menyatakan punca kematian wanita itu adalah lemas dan badannya ditemui beberapa hari selepas kejadian.
- Apabila mayat ditemui, paip di bilik air itu didapati bocor teruk dan bunyi air menitis itu sentiasa ada, walaupun selepas kejadian.
Hye-jin cukup pasti bahawa mesej suara 3 saat yang sentiasa mengulang bunyi air menitis dan keluhan itu adalah mesej yang dihantar oleh roh wanita yang mati di tempat dia tinggal sekarang. Dia nekad, dan malam itu juga dia terus cari rumah sewa baru dan segera berpindah keluar.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-