BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MEROKOK ......macamana nak STOP SMOKING ???

Ryna

Fun Poster
Messages
174
Joined
Jun 4, 2007
Messages
174
Reaction score
21
Points
15
1. Tentu anda boleh senaraikan SUDAH RAMAI kenalan/sedaramara anda yg sudah BERHENTI MEROKOK.........so pergi lah tanya mereka , apakah turning point atau apakah yg telah berlaku yg menyebabkan mereka STOP SMOKING.....then anda boleh buat kesimpulan/iktibar.

2. Tentu anda juga boleh senaraikan berapa ramai sedaramara/jiran/kenalan anda yang kini terlantar dek kerana sakit yg berpunca dari SMOKING kerana anda tahu mereka ini SMOKER ........PERGILAH JUMPA mereka dan ambil lah iktibar dari kejadian/musibah yg menimpa mereka........andakah anda ingin mengikut jejak langkah mereka???

.........marilah kita mendoakan mudah2an semua FORUMERS CG yg masih SMOKING dapat BERHENTI MEROKOK.............Amiin !!!.....

Sape yg mempunyai tip2 behenti merokok boleh letak kt sini..
 
kene ada azam yg kuat...!! but rarely, aku dengaq kawan2 ke sesape yg bjaya quit smoking!!...most of them bertahan dalm 1 or 2 tahun n kemudian smoking again...ade plak yg beberapa hari, minggu & bulan jer..kekeke...Good Luck....
 
Kalau x hisap rokok, nak hisap aper.. aku dah la blm kahwin lagii.. x mcm korang.. :D :D :">
 
bukan kerajaan negeri kedah je... Ulama universiti Al- Azhar pun dah keluarkan fatwa haram ni dah lama dah.... cuma ramai yg amik makruh.... terutamanya perokok sendiri....biasala nak pertahankan diri..:-?
 
aku dh berjaya berhenti merokok semenjak puasa hr tu sampailah skrg dan rasanya insya-Allah dah xde keinginan lg utk merokok.. yg penting azam dan semangat yg kuat.. mmg cara paling mudah sket gunakan peluang masa bulan puasa.. nekad jer beb!!
 
Terapi merokok
Oleh Ziauddin Sharuddin ([email protected])

Rawatan farmakologikal, perlakuan mampu rawat ketagihan nikotin



SINDROM tarikan atau gian adalah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi apabila hendak meninggalkan tabiat merokok.

Perokok berasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Segala-galanya tidak kena, makan tidak sedap, sembelit, berdebar-debar, letih, cepat mengantuk, batuk, sakit dada, tidak fokus dan lebih teruk, sukar mengawal perasaan dan cepat marah.

Perunding psikiatrik dan pakar ketagihan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mohamad Hussain Habil berkata, seorang pesakitnya memberitahu hanya memerlukan kemahuan yang kuat untuk berhenti merokok.

Katanya, pesakit itu datang semula seminggu kemudian dan memberitahu bahawa isterinya menyuruh dia menghisap semula rokok kerana tidak tahan dengan perangai panas baran apabila dia berhenti merokok.

“Dia menyangka `will power’ atau kemahuan yang kuat sudah cukup sedangkan ketagihan nikotin menyebabkan kimia dalam otak berubah dan amat susah untuk berhenti tanpa dibantu rawatan perubatan,” katanya.

Sindrom gian berlaku apabila tubuh yang biasa dengan kewujudan nikotin tiba-tiba kehilangan bahan itu. Gejala ini akan hilang dalam tempoh antara tiga hingga 14 hari. Bagaimanapun, ada bekas perokok mengalami keadaan teruk dan ada yang menerima kesan minimum.

Walaupun sindrom gian hanya kira-kira 14 hari, Dr Mohamad Hussain berkata, risiko kembali merokok bagi tempoh enam bulan adalah antara 30 hingga 40 peratus.

“Bekas perokok akan kembali merokok apabila dia berfikir tidak mengapa jika mencuba hanya satu sedutan. Bagi perokok, tidak ada selepas satu sedutan terus berhenti. Dia merasai sedutan kedua, ketiga dan akhirnya kembali merokok.

“Walaupun selepas setahun berhenti, kotak atau imej berkaitan rokok boleh menggoda mereka untuk merokok,” katanya.

Secara am, kesan sindrom gian amat kuat menyebabkan majoriti mereka yang cuba berhenti merokok tanpa bantuan rawatan perubatan menemui kegagalan.

Penyelidikan secara meluas mendapati bahawa rawatan farmakologikal dan perlakuan mampu merawat ketagihan nikotin. Kadar kejayaan adalah lebih memberangsangkan apabila perokok yang hendak berhenti dibantu rawatan perubatan.

Terapi Gantian Nikotin

Teknik ini adalah rawatan farmakologikal pertama yang diiktiraf Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk menghentikan tabiat merokok.

Teknik ini merangkumi penggunaan gam nikotin, tampalan pada kulit, semburan dan sedutan yang turut ditawarkan di kira-kira 300 klinik berhenti merokok seluruh negara.

Perunding program berhenti merokok, Dr Sallehuddin Abu Bakar, berkata nikotin digunakan kerana perokok mengalami sindrom gian akibat ketandusan bahan itu

“Hanya nikotin diberikan sedangkan terdapat 3,900 bahan beracun lain dalam rokok. Apabila nikotin dalam jumlah yang dikawal diberikan, risiko bekas perokok mendapat penyakit bahaya lain dapat dikurangkan.

“Nikotin dalam bentuk gam dan sedutan lebih popular kerana nikmat di mulut masih dirasai. Penggunaan penyedut membolehkan bekas perokok yang biasa dengan tabiat menyepit masih dapat melakukannya,” katanya.

Beliau berkata, tempoh rawatan adalah tiga bulan dengan dos nikotin dikurangkan dari minggu ke minggu hingga kekuatan dalaman pesakit bertambah mantap dan tidak lagi perlu bergantung kepada nikotin.

Bagaimanapun, katanya ada pesakit dapat mengurangkan sendiri dos nikotin dan ada pesakit yang memerlukan dos lebih tinggi kerana tahap ketagihan lebih teruk.

“Kadar karbon monoksida disukat untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar berhenti merokok. Kira-kira 99 peratus bekas perokok bercakap benar apabila ditanya sama ada mereka masih merokok atau tidak.

“Pada minggu pertama, kadar karbon monoksida tinggi dan lama kelamaan semakin kurang yang menunjukkan paru-paru pesakit semakin bersih. Ini memberikan mereka motivasi untuk terus melupakan rokok.” katanya.

Antara perubahan lain yang menggembirakan bekas perokok termasuk tekanan darah kembali ke paras normal dan denyutan jantung lebih perlahan.

Bagaimana jika tidak berjaya? Dr Sallehuddin memberitahu teknik gabungan akan digunakan seperti sedutan bersama tampal, malah di negara maju rawatan pertama menggunakan teknik gabungan, tetapi kekurangannya ialah kos lebih mahal.

Katanya, kos rawatan menggunakan satu teknik bagi seorang pesakit adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 manakala teknik gabungan meningkatkan kos kepada RM2,000 hingga RM3,000.

Terapi Bukan Nikotin

Walaupun terapi gantian nikotin adalah rawatan utama untuk melegakan sindrom gian, kaedah rawatan lain giat dimajukan .

Buat kali pertama, ubat bukan nikotin, bupropion, diiktiraf sebagai rawatan farmakoligikal untuk ketagihan nikotin. Ubat yang dimakan dalam bentuk pil ini tidak mengandungi nikotin dan sudah di Malaysia.

Sementara, satu lagi jenis ubat diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan dijangka dibawa masuk ke negara ini tahun depan.

Dr Mohamad Hussain, antara pakar yang menggunakan terapi bukan nikotin di negara ini, berkata kadar kejayaan menggunakan teknik ini adalah lebih tinggi, iaitu kira-kira 60 peratus.

Bagaimanapun, katanya kaedah ini adalah rawatan jangka panjang dan pesakit perlu mematuhi jadual rawatan serta mengamalkan nasihat doktor dari segi pemakanan, gaya hidup dan beberapa teknik melawan godaan merokok.

Katanya, antara punca kegagalan kerana tidak datang untuk rawatan susulan dan menganggap sudah mencuba segala-galanya.

“Panduan kita ialah bekas perokok berjaya meninggalkan sepenuhnya tabiat merokok apabila tidak merokok selama tiga tahun,” katanya.

Rawatan Perlakuan

Di Klinik Berhenti Merokok di negara ini, terapi gantian nikotin turut menggabungkan rawatan perlakuan yang menggunakan kaedah bimbingan dan kaunseling.

Ini kerana walaupun selepas setahun berhenti merokok, mereka masih boleh terjebak dengan tabiat lama itu. Sehubungan itu, pesakit dibimbing untuk menguatkan ketahanan dalaman dengan pelbagai teknik seperti berfikiran positif dan melawan fikiran negatif.

FAKTA: Nikotin

# Nikotin sebagai komponen utama dalam rokok adalah cecair tanpa warna yang bertukar menjadi perang apabila dibakar dan mengeluarkan bau apabila terdedah kepada udara.

# Campuran air dan nikotin digunakan sebagai racun serangga sejak 1746 dan pada 1828, nikotin berjaya diasingkan dari daun tembakau.

# Nikotin mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu saraf dan otak. Ia juga boleh berada dalam tapak tertentu badan, terutama sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

# Kesan nikotin pada otak menyebabkan tubuh mengalami toleransi, iaitu kesan seperti mual, muntah dan pening, iaitu keadaan ketika mula merokok.

# Kesan segera nikotin ialah peningkatan tekanan darah dan kadar jantung, pernafasan lebih cepat, saluran darah terjerut dan merangsang sistem saraf pusat.

# Dalam tempoh 10 saat selepas menghisap rokok, nikotin memasuki otak. Setiap batang rokok mengandungi satu miligram nikotin bersama pelbagai bahan lain memasuki tubuh, termasuk otak.

# Perokok yang menghisap 10 atau 20 batang rokok sehari akan mengalami kesan tindakan nikotin sebanyak 10 atau 20 kali ganda.

# Nikotin yang terserap dalam tubuh, terutama darah dan otak akan menjadi semakin rendah. Kesan penurunan ini menyebabkan perokok berasa tidak selesa dan terdesak untuk menghisap rokok.

# Perokok merokok sepanjang hari untuk mengekalkan kesan menyenangkan nikotin dan mencegah sindrom gian.

# Pendedahan secara berterusan dan berpanjangan terhadap nikotin boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Kira-kira 90 peratus kanser paru-paru membabitkan perokok.
 
Jumpa doktor jika mahu berhenti merokok
Oleh Ziauddin Sharuddin ([email protected])

Nikotin mengubah bahan kimia dalam otak seperti serotonin menyebabkan ketagihan



KETAGIHAN rokok atau lebih tepat, nikotin bukan isu baru di negara ini. Dari semasa ke semasa, statistik menunjukkan bilangan perokok terus meningkat.

Apakah yang menyebabkan tabiat yang terbukti dari segi perubatan membahayakan kesihatan sukar ditinggalkan? Kebanyakan perokok bukan jahil. Mereka tahu bahawa merokok lebih banyak mendatangkan kemudaratan.

Kesedaran mengenai bahaya merokok juga bukan menjadi isu. Kempen Tak Nak yang dilaksanakan dalam skala besar-besaran dan penyertaan media massa menyebabkan majoriti penduduk negara menyedarinya.

Senario ini seiring dengan hasil kaji selidik melalui laman web tujuh akhbar tempatan selama lima minggu mulai 3 Januari lalu yang mendapati bahawa kira-kira 85 peratus perokok tegar, mengakui merokok merbahaya.

Hasil kajian itu, kira-kira 65 peratus responden berumur antara 15 hingga 35 tahun memberitahu bahawa mereka ingin berhenti. Kira-kira 44 peratus cuba berhenti melalui usaha sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, kadar kejayaan amat rendah, iaitu antara tiga hingga lima peratus. Lebih teruk, 95 peratus kembali ke tabiat lama.

Ini menunjukkan bahawa perokok mempunyai kesedaran dan mahu berhenti. Malangnya mereka tidak berupaya meninggalkan tabiat yang membakar wang dan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Sebahagian besar perokok dan orang ramai tidak memahami bahawa ketagihan rokok atau nikotin adalah serius.

Perunding program berhenti merokok, Dr Sallehuddin Abu Bakar, berkata kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa ketagihan nikotin jauh lebih teruk, berbanding jenis dadah lain seperti heroin.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata keupayaan menimbulkan ketagihan menyebabkan WHO mengkategorikan ketagihan nikotin sebagai penyakit kronik.

“Saya buat tinjauan terhadap bekas penagih dadah yang beritahu bahawa lebih mudah berhenti menagih heroin berbanding merokok. Mereka masih menghisap rokok, sedangkan heroin sudah lama ditinggalkan,” katanya.

Ketua Jabatan Psikologi Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata keadaan perokok yang ketagih nikotin adalah sama seperti penagih heroin.

Beliau yang juga perunding psikiatrik dan pakar ketagihan, berkata perokok dan penagih heroin mengetahui keburukan rokok dan heroin, tetapi tahap ketagihan tinggi menyebabkan mereka seolah-olah menidakkan kesan itu.

“Penagih heroin dibuang keluarga dan mengalami pelbagai masalah, tetapi terus menagih. Perokok tahu bahawa rokok menyebabkan sakit jantung dan angin ahmar, tetapi menidakkan nasihat doktor dan kesakitan yang dialami,” katanya.

Katanya, ada kaki pesakit terpaksa dipotong akibat racun dalam rokok merosakkan pembuluh darah, tidak serik dan terus merokok menyebabkan sebelah kaki yang tinggal juga terpaksa dipotong.

Nikotin seolah-olah bersatu dalam diri perokok seperti pandangan Dr Sallehuddin: “Nikotin menjadi sebati dengan otak. Perokok bergantung kepada nikotin dan tanpa bahan ini, mereka tidak boleh berfikir.

Dr Mohamad Hussain berkata, kajian sejak 10 tahun lalu untuk mengetahui punca yang menyebabkan penagih nikotin tetap merokok walaupun mengalami kesan buruk mendapati nikotin mengganggu bahan kimia dalam otak.

“Nikotin bertindak mengubah bahan kimia dalam otak seperti serotonin menyebabkan perokok terus ketagih. Ini menyebabkan manusia seolah-olah menjadi hamba nikotin,” katanya

Di sebalik suasana pesimis ini, masihkah ada harapan bagi perokok untuk meleraikan belenggu kuat nikotin?

Dr Mohamad Hussain berkata, perokok tidak akan selama-lama mahu terus merokok, tetapi mereka tidak tahu cara untuk berhenti.

“Ada perokok salah faham bahawa ketagihan merokok tidak mempunyai rawatan dan menganggap cukup dengan niat hendak berhenti merokok, maka dia boleh berhenti. Saya nasihat mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register