balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Maziah (tengah) tabah menjaga Siti Hajar yang menghabiskan masa terbaring atas katil sambil ditemani Umi (kanan) di rumahnya di Kampung Iyor.
< 1 / 1 >
KUALA PILAH - Biarpun hidup dalam serba kekurangan serta tahap kesihatan tidak sebaik mana, namun ia bukan penghalang bagi seorang ibu tunggal di Kampung Iyor, Johol, di sini untuk menjaga anak dan adiknya yang kurang upaya (OKU) dengan baik.
Maziah Abd Samad, 54, yang disahkan menghidap sakit buah pinggang, kira-kira dua tahun lalu tetap mahu memastikan anaknya, Umi Kasmah, 29, membesar sempurna dengan mengambil upah menoreh getah di kebun orang.
Manakala adik Maziah, Siti Hajar Abd Samad, 51, juga menghadapi nasib sama dengan Umi yang kurang upaya dan lebih banyak habiskan masa terlantar di rumah.
Maziah berkata, dia kini hanya bergantung kepada satu buah pinggang saja selepas melakukan pembedahan membuang buah pinggang kanan pada 2012.
Menurutnya, kematian suaminya, Hashim Md Alif pada 2010 akibat kemalangan jalan raya telah merubah keseluruhan hidupnya.
“Makcik waktu itu tidak menyangka suami akan pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Makcik sangat sedih tapi terpaksa tabahkan hati memikul tanggungjawab menjaga anak," katanya yang mempunyai empat anak berusia antara 25 dan 31 tahun.
Walaupun kurang sihat, katanya, dia tetap gigih mencari rezeki dan turut bersyukur kerana ada ramai bermurah hati menghulurkan sumbangan terutama Ramadan.
“Makcik akan menoreh getah setiap hari bermula 7 pagi hingga tengah hari ditemani anak bongsu (Mohd Shahzwan Hashim, 25).
"Bila pergi kerja, makcik terpaksa tinggalkan Umi dan Siti Hajar di rumah. Kedua-dua mereka ini boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri, cuma cacat dari segi pemikiran sahaja.
“Kalau apa-apa berlaku, jiran terdekat akan hubungi makcik," katanya ketika menerima kunjungan Sinar Harian bagi memberi bantuan di rumahnya.
Maziah berkata, adakalanya dia memikirkan masalah wang tidak mencukupi, namun dia bernasib baik kerana dua anak lelakinya telah bekerja dan mampu menyara diri sendiri.
“Bab itu makcik tidak bimbang. Cuma sekiranya ALLAH mengambil nyawa makcik, siapalah yang mahu menjaga Umi dan Siti Hajar. Mereka berdua yang terlalu istimewa buat kami sekeluarga,” katanya.
Maziah turut berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menghulurkan bantuan bulanan untuk Umi dan Siti Hajar.
“Setiap bulan mereka menerima RM150 seorang. Untuk beli barang-barang makanan untuk mereka berdua memang cukup," katanya.
Mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Maziah berkata, ia sama sahaja dengan tahun sebelumnya, iaitu menyambut secara sederhana.