BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Merdeka: Tiga lebuh raya tawar diskaun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya kelas satu yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di tiga plaza tol sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Zainudin A. Kadir berkata, ia melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
(LKSA).

Beliau berkata, diskaun diberi kepada pengguna yang menggunakan lorong Touch 'n Go dan Smart Tag bermula pukul 6 pagi Isnin dan berakhir pada 6 pagi Selasa.

Diskaun bagi pengguna AKLEH ialah RM1.20 daripada RM1.50 dan kepada RM1.10 dari RM1.40 bagi pengguna GCE dan kepada RM1 dari RM1.20 di Tol Seri Muda KLSA dan kepada 50 sen daripada 60 sen di Tol Alam Impian KLSA, katanya dalam satu
kenyataan.

Maklumat lanjut menegni trafik boleh diperoleh melalui laman Twitter @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau melayari laman web www.prolintas.com.my. - Bernama
 
Diskaum mse raye dulu pon x claim lg..sape tau cmne nk claim?Nak bayr mudah je,nk claim diskaun bkn men susah.
 
Diskaum mse raye dulu pon x claim lg..sape tau cmne nk claim?Nak bayr mudah je,nk claim diskaun bkn men susah.

hari tu ada tel plusline diaorg cakap boleh start claim bermula 15 ogos haritu kat mana2 touch n go punya pusat khidmat pelanggan (bukan kedai jual topup dia)..tempoh claim selama 3 bulan je..

aku pun belum claim lagi..hehe..kang nak kena cari dulu kat mana pusat khidmat pelanggan dia area KL ni..
 
ttap tak boleh lupa dgn lobang hidung pojaan hati, puii
 
himpunan merdeka ni tak menyusahkan rakyat ke..??
jln tutup sana sini, peniaga2 nnti rugi... bla bla bla..
 
Back
Top
Log in Register