BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mercun bernilai RM92,160 dirampas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201

mercun_1618621516.jpg

JOHOR BAHRU: Polis merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM92,160 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Saleng Kampung Baru, Senai, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Superintenden Dimin Awang, berkata dalam kejadian jam 2.30 petang itu, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 47 tahun.

Katanya, pihaknya merampas 114 kotak besar mercun, sebuah kereta Mercedes-Benz dan sebuah lori Isuzu Hicom.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM222,160. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya dalam kenyataan, hari ini.


== harian metro
 
smlm baru beli satu kotak.. brg import takdak cukai
 
Aduh putus stok sekejap. Macm ni boleh jadi makin naik harga dia.
 
Org cina bakau mercun masa raya sbb nak halau kuasa jahat
lagi kuat mercun, lagi power kuasa baik, lg hantu takut

Org melayu bakaq mercun musim raya sbb nak putus jari
 
Back
Top
Log in Register