BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal0.pagespeed.ic.SGOkaQzDkT.webp


Kai Schlickum bersama Mercedes-Benz E-Class baru. - Foto Rosela Ismail
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum, berkata E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang.

“Kami meletakkan standard baru pada E-Class dari aspek keselamatan, reka bentuk dan keberkesanan yang memberikan nafas baru kepada segmen kereta mewah.

“Simbol ‘E’ itu terus berdiri sebagai peneraju bagi segmen itu,” katanya pada pelancaran Mercedes-Benz E-Class terbaru di Kuala Lumpur, semalam.

Dua varian

Di Malaysia, dua varian model itu dilancarkan semalam iaitu E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dalam kemasan Avantgarde, yang dipadankan dengan kotak gear baru, 7G-TRONIC PLUS. Varian E-400 pula dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Varian berkenaan dalam kemasan Avantgarde dipadankan dengan komponen sporty manakala sistem keselamatan terkini iaitu bantuan halangan pelanggaran meningkatkan aspek keselamatan bagi menghindar kemalangan sama ada objek melintas mengejut mahupun lampu pintar anti-silau.

Sistem pemanduan pintar itu yang dapat membantu menghindar kemalangan dan beroperasi menggunakan sistem amaran berasaskan radar yang menyelaraskan bantuan brek bagi mengurangkan risiko pelanggaran belakang.

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia.

E200 yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter dan menjana 184 bhp dan tork 300Nm, memecut dari pegun hingga 100 kilometer (km) sejam dalam 7.9 saat manakala E250 pula dengan enjin sama menghasilkan 211 bhp dan tork 350Nm untuk memecut dari sifar ke 100 km sejam pada 7.4 saat.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mercedes-BenzperkenalmodelbaruE-Class/Article/
 
Back
Top
Log in Register