BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Merayu sampai bayi mati

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JASIN: Seorang ibu muda tidak akan melupakan peristiwa hitam yang dialaminya sepanjang hidupnya apabila bayinya yang berusia tiga bulan menghembuskan nafas terakhir apabila diserang sawan selepas usaha mendapatkan bantuan kecemasan daripada seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kerajaan di sini, semalam, tidak dilayan.

Pasangan ibu bapa kepada bayi berkenaan, Muhammad Suhaimi Rahim, 17, dan Nurul Ainshah Md Shah, 19, dari Sungai Rambai, mendakwa anak mereka Siti Fairus, meninggal dunia sejam selepas gagal mendapat bantuan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Nurul Ainshah yang ditemani ibu bapanya, Fauziah Basir, 50, dan Md Shah Mohamad, 55, pergi ke kediaman pembantu perubatan yang terletak di belakang klinik itu apabila anaknya diserang sawan ketika berada di rumah mereka.

Apabila sampai di rumah pembantu perubatan itu, Nurul Ainshah, berkata dia memanggil lelaki berkenaan berkali-kali tetapi pembantu perubatan terbabit didakwa hanya memekakkan telinganya dan enggan keluar.

“Saya tiada pilihan kerana sebelum ini kejadian sama seperti itu pernah berlaku pada anak saya, tetapi bukanlah pada cuti hujung minggu dan apabila dibawa ke klinik itu serta rawatan kecemasan diberikan anak saya pulih seperti biasa.

“Dengan penuh harapan, saya membawa anak ke sana (klinik sama) agar bantuan dapat diberikan, malangnya permintaan saya tidak diendahkan,” katanya, semalam.

Nurul Ainshah mendakwa, dia ke rumah lelaki terbabit apabila pembantu perubatan lain didapati tiada di rumah mereka.

Dakwanya, ketika sampai di hadapan rumah lelaki berkenaan, dia terus memberi salam dan seorang kanak-kanak keluar membuka pintu dan memanggil bapanya.

“Saya terdengar seorang lelaki menyahut dan meminta kami tunggu sebentar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa minit, pembantu perubatan itu masih tidak keluar, sebaliknya anaknya muncul dan menutup pintu. Saya mengetuk pintu dan berkali-kali meminta bantuan, tetapi tiada reaksi diberikan walaupun mendengar bunyi televisyen.

Menurutnya, walaupun dia berteriak sambil menangis, tiada sebarang maklum balas diberikan dan selepas hampir sejam menunggu ibu bapanya terus ke balai polis berhampiran.

“Sejurus tiba, polis membuat pemeriksaan awal dan mendapati nadi anak saya tidak berdenyut. Anggota polis itu menghubungi seorang pembantu perubatan lain dan apabila pemeriksaan dijalankan didapati anak saya sudah meninggal dunia.

“Jenazah anak saya terus dihantar ke Hospital Melaka dengan diiringi polis terbabit untuk menjalani bedah siasat,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, semakan Harian Metro terhadap surat Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian yang dikeluarkan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan jantung atau ‘Congenital Heart Disease’.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol ketika dihubungi, berkata beliau akan meminta laporan daripada Jabatan Kesihatan negeri mengenai kes berkenaan terlebih dulu sebelum dapat mengulas lanjut.
 
al fatihah buat bayinya siti firus dan takziah kepada keluarga arwah
 
“Dengan penuh harapan, saya membawa anak ke sana (klinik sama) agar bantuan dapat diberikan, malangnya permintaan saya tidak diendahkan,” katanya, semalam.

Nurul Ainshah mendakwa, dia ke rumah lelaki terbabit apabila pembantu perubatan lain didapati tiada di rumah mereka.

Dakwanya, ketika sampai di hadapan rumah lelaki berkenaan, dia terus memberi salam dan seorang kanak-kanak keluar membuka pintu dan memanggil bapanya.

“Saya terdengar seorang lelaki menyahut dan meminta kami tunggu sebentar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa minit, pembantu perubatan itu masih tidak keluar, sebaliknya anaknya muncul dan menutup pintu. Saya mengetuk pintu dan berkali-kali meminta bantuan, tetapi tiada reaksi diberikan walaupun mendengar bunyi televisyen.

Menurutnya, walaupun dia berteriak sambil menangis, tiada sebarang maklum balas diberikan dan selepas hampir sejam menunggu ibu bapanya terus ke balai polis berhampiran.

“Sejurus tiba, polis membuat pemeriksaan awal dan mendapati nadi anak saya tidak berdenyut. Anggota polis itu menghubungi seorang pembantu perubatan lain dan apabila pemeriksaan dijalankan didapati anak saya sudah meninggal dunia.

“Jenazah anak saya terus dihantar ke Hospital Melaka dengan diiringi polis terbabit untuk menjalani bedah siasat,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Apa ke B A N G A N G pembantu perubatan tu! Kes nyawa buat main2 sukaaaa ati mak bapak dia!
 
xyah la jadi pegawai perubatan kalo cenggitu kesudahannya.. :(( :((

alfatihah buat roh...
 
kalo betul kes lagu tu,
mintak pembantu perubatan tu letak
jawatan kalo tak minat bekerja.
...mangkok ayun tol...
 
meh sini nama pegawai perubatan 2...aku nak ajar dia
 
baru jadi pembantu perubatan dah buat perangai,
Allah saja yang dapat membalasnya...
 
Alfatihah dan takziah..saman je klinik tu
 
Back
Top
Log in Register