soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Kuala Lumpur: Kawbra, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan, dipertontonkan buat pertama kali kepada pemain industri pertahanan dunia kelmarin.
Sesuai dengan namanya, kenderaan itu tidak menggunakan bahan bakar yang menjadikan pergerakan kenderaan itu senyap seperti ular tedung, selain rupa bentuk bentuk hadapannya direka seakan-akan reptilia berkenaan.
Ia dibangunkan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) dengan kerjasama syarikat Dream Age dan direka sebagai kenderaan taktikal untuk menyelinap ke kawasan berisiko.
Ketua Kejuruteraan Pembuatan Stride Aizul Fazli Suhaimi berkata, UGV itu boleh diatur gerak ke kawasan berbahaya dimasuki manusia, seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko kepada nyawa manusia dengan hanya menggunakan kawalan jarak jauh.
"Kita boleh atur gerak kenderaan itu bagi memasuki kawasan berkenaan untuk mengambil data dan boleh juga melakukan video masa nyata untuk mengetahui keadaan sebenar di lokasi terbabit, sekali gus tidak perlu membahayakan manusia," katanya.
Stride adalah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab dalam kajian dan pembangunan, inovasi berkaitan teknologi pertahanan.
Selain Kawbra, Stride di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022 di sini turut mempamerkan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh dan fabrik pintar yang dibangunkan institut berkenaan.