BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menu istimewa Restoran Jepun Halal

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Aneka menu yang mesti dicuba oleh pelanggan.​

HOTEL Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) menerusi Restoran Jepun Agehan, yang turut terkenal sebagai Restoran Jepun Halal pertama di Malaysia sekali lagi tampil dengan keunikan baharu menu istimewa Jepun iaitu 'Bufet Makan Malam BBQ Jepun Halal'.

"Bufet istimewa ini kami sediakan khas bertujuan menambah kepelbagaian pilihan menu Jepun sedia ada di restoran ini. Ia sekali gus membuka peluang untuk mereka mencuba keunikan citarasa Jepun Halal yang berkualiti dan sangat menyelerakan," kata Pengurus Hotel, Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Bufet Makan Malam BBQ Jepun Halal menyajikan menu-menu Jepun terpilih yang sesuai untuk seisi keluarga bermula dengan pembuka selera dan sayuran segar, cold cut, makanan laut atas ais, sup, carving lamb, BBQ live stall, BBQ hot dishes, live kitchen teppanyaki, menu periuk tanah, sudut menu kanak-kanak, aneka pemanis mulut, buah-buahan dan diakhiri dengan minuman jus serta teh Jepun.

Antara menu popular dan mesti dicuba ialah tamago yaki (kek telur), sushi, sashimi, traditional california roll, fresh herb roasted lamb, yakitori shio (ayam panggang), soft shell crab karaage (ketam lembut goreng), gyu katsuni (daging salut roti dengan telur hancur), ikan tempura (sotong rangup), nasi goreng bawang putih dan sup miso istimewa.

Bufet Makan Malam BBQ Jepun Halal yang dikendalikan Master Chef Jepun, Eiji Tokuda ini tersedia pada setiap malam, hari Jumaat dan Sabtu bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan RM102.10 dewasa dan diskaun 50% kanak-kanak.

"Sememangnya pakej sajian ini cukup sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan pada kadar harganya yang sangat berpatutan.

Selain itu, ia juga usaha menggalakkan lagi tetamu Muslim yang ingin mencuba sajian Jepun untuk memilih yang halal di Restoran Jepun Agehan," katanya
 
boleh tahan harga buffet die..
 
Uiii murrrahhhnyeee...Bolehla makan sini hari2.

(tak serius)
 
ok la..orang jepun nak bawak client makan,

ada pilihan la...

lagipun bluewave ni 5 star kan
 
Back
Top
Log in Register