BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri jamin terus cari Huntley

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JOHOR BAHRU - Malaysia memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Pulau Tioman Selasa lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Pertahanan itu berkata, isu kehilangan lelaki itu telah dibincangkan di mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari UK, Philip Hammond di Singapura di luar sidang, Shangri La Dialogue yang baru selesai.

Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat peringkat Menteri Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) kesembilan di sini hari ini.

Menurut siasatan Polis Diraja Malaysia, tidak ada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes warga Britain yang hilang itu.

Namun, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan, katanya. Huntley, yang dikatakan bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan hilang setelah pergi ke Air Terjun Lubuk Teja pada hari tersebut. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register