BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri guna wang rakyat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_07.1.jpg

SETIAUSAHA Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt bersama isterinya, Lucia.

LONDON – Seorang menteri Kabinet Britain yang juga jutawan, Jeremy Hunt dihimpit kontroversi selepas beliau didapati menggunakan wang rakyat sebanyak £2,500 (RM12,217) untuk belajar bertutur dalam bahasa Mandarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hunt, 44, diselar banyak pihak kerana beliau boleh mempelajari bahasa tersebut secara percuma daripada isterinya yang berketurunan Cina.

Beliau yang memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan dan berstatus menteri kabinet memperoleh gaji sebanyak £135,000 (RM656,426) setahun.

Media tempatan memperoleh maklumat mengenai yuran kelas bahasa Mandarin yang disertai Hunt melalui Akta Kebebasan Maklumat Britain.

Pada tahun lalau, Hunt turut membayar bonus hampir £2 juta (RM9.7 juta) kepada dirinya sendiri hasil keuntungan syarikat penerbitan miliknya, Hotcourses.

Beliau mengahwini isterinya, Lucia di bandar kelahiran wanita itu, Xian, di China dua tahun lalu.
 
menteri lain lagi banyak pakai.. silent jer..
 
sama ma'sia sudah.. Kalau 'Five O' ada kat Ma'sia confirm dah kena diorang ni..
 
malaysia hari2 duk pakai wang rakyat relax je..:))
 
melayu kata itu rezeki menteri..korang dengki ke???
 
Back
Top
Log in Register