hgt422007
Active Member
- Messages
- 1,364
- Joined
- Feb 28, 2008
- Messages
- 1,364
- Reaction score
- 155
- Points
- 33
"USAHAWAN ditakrifkan dengan pelbagai maksud oleh para ahli ekonomi, ahli sejarah, ahli psikologi dan lain-lain mengikut disiplin pengajian dan kepakaran masing-masing. Secara umumnya, usahawan adalah “seorang atau sekumpulan orang yang mempunyai idea, fikiran dan mengolahkan faktor-faktor ekonomi seperti tanah, buruh, modal dan lain-lain serta menjadikan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan-keperluan pengguna dengan tujuan untuk mendapatkan untung”.
Menurut perspektif Islam, usahawan adalah seorang yang berkebolehan untuk melihat, mengenal, merebut dan mewujudkan peluang untuk mendapatkan faedah melalui keuntungan yang halal. Bagi seorang muslim, keusahawanan dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana, aktiviti muamalah yang dilakukan oleh seseorang usahawan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Justeru, apa yang dapat kita fahami daripada ‘usahawan bertaqwa’ adalah, ‘usaha’ bermaksud keupayaan untuk mencapai sesuatu. Sementara ‘usahawan’ pula ialah orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Manakala ‘taqwa’ adalah perasaan takut atau gerun iaitu melakukan apa yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-laranganNya. Maka, usahawan bertaqwa boleh diertikan sebagai mereka yang menjalankan sesuatu perniagaan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Menyedari kepentingan usahawan sebagai pemangkin ekonomi negara, usahawan muslim tidak terlepas malah mesti memiliki beberapa ciri penting yang perlu diambilkira dalam memastikannya benar-benar diakui sebagai usahawan bertaqwa. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
1. Bijak membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
Dalam membuat penilaian, seseorang usahawan perlu memiliki ilmu pengetahuan secukupnya yang boleh membantunya membuat tinjauan tentang masa depan dengan betul di samping berupaya membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Di samping itu, penilaian yang dibuat perlu disokong dengan kepercayaan yang datang dari dalam diri seseorang usahawan itu. Kepercayaan kepada kebolehan sendiri akan menjadikan apa yang dilihat sebagai asas keyakinannya. Maka dengan kepercayaan yang kuat itu akan membuatkannya terus mematuhi prinsip-prinsip yang dipegang. Usahawan yang berjaya kekal dalam sesuatu perniagaan akan tahu bahawa dia akan meraih seberapa banyak pengalaman tentang apa yang dia ceburi dan seterusnya tetap konsisten dengan apa yang dilakukan.
2. Mengenalpasti apa yang ingin dicapai.
Untuk memenuhi tujuan ini, seorang usahawan muslim harus mengkaji kedudukan bidang keusahawanannya dan keperluannya kepada pengguna serta prospeknya untuk berkembang. Di samping itu, dia perlu mempunyai kepakaran dan kemampuan selain pengalaman serta kemahiran teknikal dalam bidang yang diceburi. Dalam menghadapi persaingan yang mungkin wujud, penyelidikan yang berterusan perlu dilakukan bagi mencipta produk yang terbaik dan sebaik-baiknya yang belum dihasilkan di pasaran.
3. Mempunyai ketrampilan sebagai seorang usahawan.
Ketrampilan amat perlu bagi seseorang usahawan dalam usaha menawan hati pelanggan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap kemampuannya dalam perniagaan. Justeru, usahawan perlu mengamalkan budaya kerja yang kemas dan teratur serta menampilkan imej yang dinamik dan profesional. Dengan berasaskan prinsip kemanusiaan, perusahaan yang diceburi tidak hanya didasarkan atas kepentingan memperolehi untung semata-mata tetapi juga turut mengambilkira kepentingan alam dan manusia. Maka atas faktor tersebut, kualiti barangan yang dihasilkan perlu diberi perhatian yang sewajarnya hingga ke tahap menghapuskan kecacatan yang tidak dapat dikesan oleh pelanggan.
sambung...