BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

menjadikan malaysia sebuah negara islam..?

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
Salam semua,

ini adalah thread khas bg membincangkan menjadikan malaysia sebuah negara islam, since saya adalah ts disini so saya mulakan dulu dimulakan denga satu persoalan;

benarkah org2 melayu islam dimalaysia ini mahu menjadikan malaysia ini sebuah negara islam dan apakah org melayu benar2 paham apa itu negara islam..??

disini saya keluarkan pendapat saya dan apa yg saya paham apa itu negara islam, secara ringkas dan mudah faham "islam itu indah, islam itu adil, islam itu baik, islam itu menjaga hak org islam dan bukan islam disebabkan keadilannya, islam itu syumul" dan lain2. Apabila kita menyebut islam itu adil maka keadilan juga akan diberi pada semua baik yg islam atau yg bukan islam tanpa mengira bangsa agama dan darjat... tahukah anda apabila kita berkata sedemikian rupa maka vvip, vip, org kenamaan, bangsawan, raja2 sultan, menteri2, gang atau tak gang semua akan dilayan sama rata tanpa sebarang keistimewaan even hak istimewa org melayu pun akan hilang... inilah yg menjadi persoalan yg akan menghantui org melayu dan mereka2 yg mempunyai keistimewaan2 tertentu dimana mahukah mereka atau kita hapuskan perkara tersebut..??? bila berbicara tentang adil maka jgnlah bermimpi atau berangan utk menjadi seorang yg senget..... pastinya bila saya sentuh perkara2 tersebut mesti org melayu akan marah dan tidak berpuas hati tetapi sebaliknya bg kaum bukan melayu ini sgt adil dan bagus.... ya.. inilah pengorbanan yg org melayu akan dikenakan jika benar2 mahukan malaysia dijadikan sebuah negara islam yg benar islam... apabila ini berlaku tiada lagi negara tanah melayu... sila hadam dan fahamkan baik2 perkara yg saya nyatakan...

tapi apakah hnya org melayu shj kena korbankan hak istimewa mereka..?? org bukan islam mereka pun kena korban juga... iaitu mereka kena patuh dgn peraturan2 yg ditetapkan keatas mereka... hak org bukan islam akan dilindungi dan akan diberikan menurut islam tiada halangan utk beragama malah diwajibkan, belajar, peruntukan, perlindungan, tempat tinggal etc.. semua itu mereka akan dpt sama rata sebagaimana org islam tetapi mereka kena ikut undang islam itu yg sepatutnya... cara berpakaian, kebebasan bersosial yg terhad, arak dan judi yg terhad, aktiviti pelacuran yg tiada, diharamkan berzina etc... sebab apa..?? sebab itu semua nk menjaga keharmonian dan adab2 kita sebagai manusia... kalau mereka berbantah tnyakan kpd mereka apakah agama yg mereka anuti... apakah perbuatan2 yg mereka buat itu dibenarkan dan tertulis jelas dlm agama mereka..?? dan dari segi moral dan akhlak adakah ia baik utk peradaban manusia..??

ini adalah cth ringkas kefahaman dan penjelasan yg perlu disampaikan kpd semua jika benar2 mahu menjadikan malaysia sebuah negara islam yg benar2 islam.. diadakan perdebatan2 terbuka kpd semua baik dgn islam atau bukan islam.. perbincangan antara agama2.. dll bg kefahaman masyarakat ttg islam...

islam bukan hak milik bg org melayu tetapi ia adalah cahaya utk seluruh alam yg mana perlu disampaikan dan diajarkan kpd semua...

persoalanya adakah anda sanggup dgn pengorbanan tersebut..???

nanti dulu, sebelum berkata sanggup mampukah anda berlaku adil tanpa senget sebelah...? jgn hnya mentang2 apa yg dilhat tk kena pada btg idung (nmpak salah org) semuanya ok takde masaalah tapi bila terkena pada btg idung anda gagal utk berlaku adil.. cth mudah mcm sikap berkroni, utamakan diri sendiri atau keluarga dlm urusan tertentu walhal didpn mata dah ada yg layak... kalau anda mampu bersikap adil tnpa bias mana2 pihak hatta keluarga sendiri kesanggupan anda adalah jujur kalau tidak mampu anda hnyalah berbohong pada diri sendiri...

btw, tak perlulah nk laung2 negara islam kalau masih sygkan hak2 istimewa tu... unless perjuangan anda adalah negara melayu... :D

sekali lagi, ini semua adalah pendapatan aku dan anda ada hak utk menolaknya...

ps: maaflah kalau penulisan dan lenggok gaya bahasa tidak difahami tapi tak salah kalau bertanya... :)
 
Hans Kohn mendefinisikan nasionalisme sebagai “sesuatu keadaan pada individu dimana ia merasakan bahawa pengabdian yang paling tinggi adalahh untuk bangsa dan tanah airnya”.
Disini seorang nasionalis mengagungkan fahaman kebangsaan iaitu seseorang yang mengutamakan bangsanya adalah agenda utama dalam hidupnya dan mengetepikan aqidah Islamnya.
Konsep ini adalah salah satu pemikiran ciptaan barat yang merosakkan pemikiran islam dan umat islam pada amnya dan juga supaya dapat memecahbelahkan umat islam.
Nasionalisme telah menyebabkan umat islam mengikat dirinya dengan bangsanya dan bukan dengan agamanya.
Umat islam yang berbangsa melayu lebih merasa bersaudara dengan saudaranya yang berbangsa melayu dibandingkan dengan saudara seislamnya berbangsa Iraq, Palastine, Indonesia dan sebagainya,
Bahkan merasakan lebih bagus dan lebih baik daripada kalangan bangsa lain.
 
Last edited:
Hans Kohn mendefinisikan nasionalisme sebagai “sesuatu keadaan pada individu dimana ia merasakan bahawa pengabdian yang paling tinggi adalahh untuk bangsa dan tanah airnya”.
Disini seorang nasionalis mengagungkan fahaman kebangsaan iaitu seseorang yang mengutamakan bangsanya adalah agenda utama dalam hidupnya dan mengetepikan aqidah Islamnya.
Konsep ini adalah salah satu pemikiran ciptaan barat yang merosakkan pemikiran islam dan umat islam pada amnya dan juga supaya dapat memecahbelahkan umat islam.
Nasionalisme telah menyebabkan umat islam mengikat dirinya dengan bangsanya dan bukan dengan agamanya.
Umat islam yang berbangsa melayu lebih merasa bersaudara dengan saudaranya yang berbangsa melayu dibandingkan dengan saudara seislamnya berbangsa Iraq, Palastine, Indonesia dan sebagainya,
Bahkan merasakan lebih bagus dan lebih baik daripada kalangan bangsa lain.

yup... ini yg ramai yg tak paham.. bila sebut negara islam maka sudah tiada lagi sempadan...
persoalanya, betul ke org melayu kita nk malaysia jd sebuah negara islam..???
takpe masih boleh dibahaskan secara ilmiah...

:)
 
Eeeiiiii.Takutnya.Ngerinya negara Islam.

Tak payah buatlah negara Islam ni.

Menakutkan betul.Eeeiiii.Takutla. :))
 
kat malaysia negara islam lainnn...
mcm islam hadhari...
jgn lupa...di malaysia semuanya boleh...
malaysia boleh...
 
Menyamatarafkan semua agama salah satu cabang fahaman sekularisme (memisahan agama daripada kehidupan). Berdasarkan 3 doktrin:

i. Kebenaran agama itu bersifat subjektif. Bermaksud pemeluk agamanya menilai bahawa agamanya yang benar manakala agama lain itu salah.
Oleh kerana itu semua agama bersifat demikian maka orang lain tidak boleh dipaksa untuk mengikuti agama selain daripada agamanya. Oleh kerana itu taraf semua agama adalah sama.

ii. Akibat daripada doktrin yang pertama tadi iaitu semua agama mempunyai taraf yang sama, maka sesuatu agama itu tidak boleh mendominasikan agama lain.
Jika ini berlaku bermakna adanya pemaksaan terhadap untuk mengikuti ajaran yang bukan daripada agamanya.

iii. Oleh kerana itu untuk mengatur kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, maka perlulah ada peraturan bersama yang mampu untuk diadaptasi ke atas semua agama.

Penyamatarafkan semua agama ini menyebabkan sebahagian umat islam memandang rendah bahkan tidak suka, menjauhi dan memusuhi agamanya sendiri.
Mereka merasakan telah menjadi masyarakat yang modern tetapi yang sebenarnya mereja melepaskan diri daripada islam.

Masyarakat dihendaki sifar jenayah, maukan sopan, mulia dan juga remaja yg mempunyai keperibadian yang tinggi tetapi pada masa yang sama di tv dan panggung wayang
memaparkan filem yang ganas dan penuh kemaksiatan yg mengajak perlakuan seks dan juga pergaulan bebas.

Pihak polis sibuk berkempen membenteras kegiatan pelacuran dan alcoholism (minuman keras) namun kelab malam , kelab hiburan dan kilang arak terus beroperasi.
AIDS diperangi tetapi seks luar nikah dibiarkan berleluas. Salah satu rukun negara adalah kepercayaan kepada tuhan,
islam adalah agama rasmi dan mengakui bahawa negaranya adalah islam tetapi peraturan yang diterapkan bukan daripada hukum islam. Pembacaan al Quran dipertandingkan di majlis tilawah Al Quran namun ajaran daripada Al Quran diabaikan.

Yang lebih teruk lagi ada juga yang mengecam aturan Islam dengan mengatakan ianya ketinggalan zaman ataupun kejam, malah sesiapa sahaja ingin menerapkan hukum islam dianggap sebagai fanatic, fundamentalis, ekstremis agama.
 
Eeeiiiii.Takutnya.Ngerinya negara Islam.

Tak payah buatlah negara Islam ni.

Menakutkan betul.Eeeiiii.Takutla. :))

tak ramai org melayu sanggup korban hak istimewa mereka... bagi mereka itu adalah hak... sbb tu aku senyum jer... byk konflik akal dan hati masyarakat kita hari ini.... :D
 
kat malaysia negara islam lainnn...
mcm islam hadhari...
jgn lupa...di malaysia semuanya boleh...
malaysia boleh...

telah terbukti malaysia bukan semuanya boleh... sbb smpai skang hudud kt msia gak boleh dibuat wpun dah 55 tahun islam melayu memerintah... :D
 
tak ramai org melayu sanggup korban hak istimewa mereka... bagi mereka itu adalah hak... sbb tu aku senyum jer... byk konflik akal dan hati masyarakat kita hari ini.... :D

Tp kan.Apa kaitan org Melayu korban hak istimewa dgn negara Islam?

Ceciter. :-?
 
Tp kan.Apa kaitan org Melayu korban hak istimewa dgn negara Islam?

Ceciter. :-?

mcm mana nk dikira islam itu adil dan sempurna jika ada taraf perbezaan disebabkan hak2 tertentu... perkara ini akan dibangkitkan dlm bab perlindungan terhadap org bukan islam..
 
Back
Top
Log in Register