BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meniru amalan biasa di India

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
image.jpg


BIHAR - INDIA. Menipu dalam peperiksaan adalah perkara biasa di India namun gambar terbaru yang tersebar menunjukkan amalan menipu di dalam peperiksaan dilakukan secara besar-besaran dan terang-terangan di sini.

Ramai pelajar yang menyeludup buku teks, nota ke dalam pusat pemeriksaan walaupun dikawal ketat.

Ibu -bapa dan rakan-rakan di lihat memanjat dinding pusat pemeriksaan untuk memberi jawapan kepada pelajar semasa peperiksaan sekolah menengah.

Kebanyakan insiden penipuan tahun ini dilaporkan dari daerah Saharsa, Chhapra, Vaishali dan Hajipur.

Menurut BBC, surat khabar tempatan dipenuhi dengan gambar ibu-bapa dan sanak saudara yang sedang membantu anak-anak mereka menipu walaupun terpaksa berdepan risiko.

Menurut jurugambar, Dipankar, apabila dia masuk ke dalam dewan peperiksaan dan mula mengambil gambar, pelajar tidak kelihatan bimbang sama sekali walaupun banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan aktiviti penipuan ini. Pihak berkuasa juga seolah-olah tidak berminat untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar ". katanya.

Dipankar berkata, dalam satu serbuan di salah sebuah sekolah pada hari Rabu lepas, pihak berkuasa merampas sembilan guni kertas yang mengandungi jawapan.

Hampir 20 ibu bapa telah ditahan ketika cuba untuk membantu anak-anak mereka menipu, tetapi mereka telah dilepaskan selepas diberi amaran.

Mereka yang disabitkan menipu akan dihalang daripada mengambil peperiksaan sehingga tiga tahun, dan boleh dikenakan hukuman penjara atau diperintahkan membayar denda, tetapi hukuman dalam kes-kes itu jarang dilaporkan di Bihar.

Pegawai pendidikan mengatakan mereka komited untuk mengadakan pemeriksaan yang bebas, adil dan aman.

Mereka berkata, sekurang-kurangnya 400 pelajar diusir selepas ditangkap meniru.

Namun, mereka berkata, kerajaan sahaja tidak boleh berhenti untuk membasmi aktiviti penipuan tanpa bantuan daripada pelajar dan ibu bapa.

"Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk menghentikan penipuan jika ibu bapa dan saudara-mara tidak bersedia untuk bekerjasama?,” katanya.

Menurut Menteri Pendidikan Bihar, PK Shahi, tiada langkah yang boleh diambil jika ibu-bapa dan saudara mara tidak memberi kerjasama.

“Adakah kerajaan perlu keluarkan arahan untuk menembak mereka untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/global/meniru-amalan-biasa-di-india-1.371128
 
hehe baru tgk berita td. sedih je tgk meja dorg amik exam. duduk pun rapat2 bsentuh bahu
 
patut la ramai doktor dan engineer dari sana...:)):)):))
 
Jadi engineer pun boleh runtuh bangunan mcm ni. Jalan pengiraan orang lain bg jawapan time exam.
 
tengok berita tadi ada mak bapa sampai kena kejar polis kot pasal ni....
 
Tgk TV tadi... Ank2 amik exam... Mak bapak main kejar2 dgn polis.
 
-metro

1,000 pelajar kantoi meniru

Bihar (India): Panjat dinding dan campak nota. Itulah taktik kotor yang digunakan lebih 1,000 pelajar yang didapati meniru di dalam ujian.


Akibat perbuatan itu, kesemua pelajar yang terbabit menipu serta meniru di dalam ujian dibuang sekolah, hari ini.

Gambar yang menunjukkan ramai lelaki memanjat dinding sekolah menjadi viral laman sosial itu dipercayai dirakam penduduk berhampiran sekolah- sekolah terbabit.

Modus operandi mereka adalah memanjat bangunan setinggi lima tinglkat, kemudian mencampakkan nota kepada rakan, anak atau saudara mereka menerusi tingkap dengan harapan pelajar terbabit lulus cemerlang.

Menurut jurucakap Kementerian Pendidikan India, ada juga pelajar yang ditangkap menipu dengan menyeludup masuk kertas yang dilipat kecil dan juga buku nota di dalam peperiksaan.

Menteri Pendidikan, P K Shahi berkata, amat sukar bagi pihaknya mengawal 1.4 juta pelajar yang mengambil ujian dalam masa yang sama.

“Sepatutnya ahli keluarga membantu kita dalam menangani masalah ini, namun yang berlaku sebaliknya.

“Takkanlah kami perlu tembak mereka yang memanjat bangunan sekolah?,” katanya kepada pemberita selepas gambar dan video berkenaan viral.

Penipuan dalam ujian naik mendadak sehinggakan Kerajaan India menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak 10,000 rupee (RM599) untuk pelajar-kasta rendah yang dapat menjawab separuh daripada soalan dalam ujian mereka.

Cubaan menghalau ahli keluarga yang mengintai pusat ujian dari luar pada Khamis lalu mencetuskan perbalahan apabila kumpulan ahli keluarga terbabit merusuh dan melontar batu ke arah polis.

Ujian tersebut berakhir 24 Mac ini. - Agensi



CORRECTION_India_Cheating_on_Exams.transformed.jpg

GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan ramai individu memanjat dinding dan menyerahkan nota kepada pelajar. FOTO AP


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38305#sthash.YlQ3u7iw.dpuf
 
Back
Top
Log in Register