juga pernah berlaku pada hamba Allah yg aku kenal..berlaku dekat satu surau dekat kuching..
beliau pada hujung usianya digunakan untuk mengperhambakan diri buat Ar-Rabb..beliau la org yg pertama akan sampai ke surau untuk membersihkan surau pada setiap Subuh dan kekadang jika tiada penceramah jemputan beliau akan mengadakan tazkirah sehingga pernah pada satu ketika menjadi persoalan sebab beliau tidak bertauliah(selalunya org yang nak bagi ceramah atau mengajar di surau kena ada tauliah dari Majlis Islam Sarawak)..
jadi pada satu ketika bilamana beliau seperti biasa ke surau melakukan routine hariannya..dan tatkala azan berkumandang, beliau masih lagi sujud ..ada jemaah memanggil Imam agar cuba mengejutkan beliau yg sujud terlalu lama..pada mulanya si Imam pikir beliau wat solat tahajjud sewaktu sebelum subuh tapi tetap dalam berkeadaan sujud walaupun sesudah azan berkumandang..
dan akhirnya mereka mendapati beliau sudah tiada...
beliau meninggal pada pagi Subuh dalam keadaan berwudhu dan pada pagi Jumaat...
Subhanallah.....
al-Fatihah buat beliau..
beliau yg dimaksudkan adalah saudara baru berketurunan India yang sepanjang hidupnya serba kekurangan tetapi tetap sabar dgn setiap dugaan yg Allah berikan kepadanya....