waktu sujud adalah waktu dan keadaan yang hampir kita dengan tuhan
mungkin beliau dah tau beliau akan meninggal dunia
satu kisah yang ingin saya kongsi dengan para forumer:
ada satu kejadian yang berlaku kepada sahabat saya sendiri. pada satu hari beliau telah dihubungi oleh sahabat baik ayah beliau meminta beliau segera datang kerumah dengan alasan sahabat baik ayahnya sudah hampir nak meninggal
mendengarkan hal itu terburu buru beliau datang kerumah sahabat baik ayahnya. namun apa yang mengecewakan selepas beliau sampai dilihatnya sahabat baik ayahnya elok jer menjemput beliau masuk.
diatas rumah kelihatan ramai orang lain yang membacakan yasin.beliau diminta untuk membaca yasin sama oleh sahabat baik ayahnya.
apabila melihat orang mula memperlahankan bacaaan dan separuhnya menghentikan bacaan sahabat baik ayahnya meminta supaya mereka meneruskan bacaaan dengan alasan dirinya akan meninggal tak lama lagi. tapi apa yang menghairankan walau sahabat baik ayahnya mengaku dah nak meninggal elok jer pergi dapur membuat kopi untuk diminum.
selepas minum kopi sahabat baik ayahnya pergi kepada sahabat saya itu. duduk ia ditepi sahabat saya itu termenung panjang ia. sahabat baik ayahnya berkata kepada beliau
"mcmni rasa mati rupanya"
sesaat dua kemudian dia terbaring tak bernyawa dan telah meninggalkan kita semua
ketika sahabat baik saya menceritan kisah ini kepada saya beliau merasa kerugian kerana tidak bertanya kepada sahabat baik ayahnya bagaimana rasanya mati. hanya allah lah yang tahu bagaimana rasanya mati.