BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menghidapi Endometriosis & perlukan rawatan segera

muniza84

Freshie
Messages
43
Joined
Mar 10, 2010
Messages
43
Reaction score
0
Points
6
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Sy Muniza dengan rasa rendah diri ingin berkongsi pd rakan2 CG bahawa sy menghidapi endometriosis sejak tahun 2004. Telah menjalani pembedahan iaitu laparoscopy pada tahun 2005 (ketika itu masih belajar). Untuk informasi tentang endometriosis, sila klik:
http://www.endo-resolved.com/symptoms.html
http://www.goldbamboo.com/pictures-t1304.html

Walaubagaimanapun endometriosis sy kembali semula & telah dinasihati oleh doktor:
Pada 2nd Jan 2010 - Doktor menasihatkan sy untuk menjalani laparoscopy and cystectomy. Tapi sy minta tunggu.
Pada 27th Feb 2010 - Doktor sekali lagi mencadangkan sy untuk laparoscopy cystectomy and dye insufflations. Tapi sy minta tangguh. Ini kerana tahap kewangan sy yg sgt2 tidak mengizinkan. :( Kos pembedahan:
Swasta - anggaran RM10 ribu atau mungkin lebih jika pembedahan tak dapat dilakukan secara minimal.
Kerajaan - tidak dapat dipastikan. Mungkin di bawah RM5 ribu.

Ya, sy mempunyai medical card (Prudential), tp sy tidak dapat claim (sb sudah dikecualikan) kerana sy telah menjalani pembedahan pada tahun 2005 & sayangnya life insurance itu diambil selepas pembedahan pertama (setelah sy bekerja). Oleh itu, apa sahaja yg berkaitan dgn penyakit ini sy tidak akan dapat claim.

Untuk pengetahuan semua, memang dari dulu lagi sy pergi ke hospital kerajaan tetapi memandangkan pemprosesan untuk rawatan susulan, pembedahan atau sebagainya adalah sangat2 mengambil masa memandangkan terlampau ramai orang yg pergi ke hospital kerajaan & perlu mengikut giliran pula (anda boleh baca cerita yg sy ada kongsikan di sini http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=6058934#post6058934 ).

Jujur sy katakan tanda2 kesakitan amat2 sy rasai sehingga saat ini. Jikalau diizinkan oleh Allah S.W.T saat ini juga sy mahu menjalani pembedahan itu.

Hari isnin 15hb Mac sy pergi ke hospital Ampang, dengan harapan untuk dapat tarikh pembedahan (membawa surat rujukan doktor). Tetapi memandangkan hari itu adalah untuk yg ada temu janji sahaja, jadi sy hanya dapat tarikh untuk bertemu doktor pada esok hari (19hb, Jumaat).

Diharapkan semoga segala urusan pada esok hari akan dapat dipermudahkan olehNya. Dan semoga pembedahan itu akan dapat dijalankan secepat yg mungkin. Cuma yg manjadi kerisauan sy, bagaimana untuk sy membayar kos pembedahan & rawatan itu nanti??? :((

YaAllah Ya Tuhanku, kuatkanlah semangat hambaMu ini dan berikanlah aku kekuatan & kesabaran menempuhi segala ujian dariMu YaAllah....Aminnn....

**Untuk makluman semua, di sini sy ada lampirkan surat rujukan dr doktor pakar.
Sebarang pertanyaan atau pendapat atau juga nasihat amatlah dialu-alukan. Anda boleh terus email sy di [email protected]

Sekian dulu dari sy. Terima kasih pd sesiapa sahaja yg sudi membaca thread ini.

Wassalam...

-muniza-
 

Attachments

Salam....sy agak simpati membaca cerita teman kita ini...tak byk yg boleh sy komen sbb sy rasa teman ini sudah di stage yg berlainan dr kakak sy yg dulunya menghidap Endometriosis. Tp utk pengetahuan teman, kakak sy dikesan menghidap penyakit tersebut sewaktu beliau baru berumahtangga dan ketika penyakit itu dikesan dlm stage awal atau ketulan darah yg baru terkumpul masih agak kecil...sewaktu kakak sy berulang mendapatkan rawatan dan dlm pemerhatian family doctor kami, dgn kehendak Allah, kakak sy didapati hamil (di mana kes sedemikian amat jarang berlaku yaitu satu dlm seribu)...malah doktor kami memberitahu kami yg peluang utk bayi tersebut survive hanyalah 50/50...tetapi sekiranya bayi tersebut sihat dan membesar di dalam kandungan, ianya dapat mempengaruhi penyakit Endometriosis di mana pembesaran bayi tersebut akan turut menolak dan menyingkirkan ketulan darah (Endometriosis) di dalam rahim itu...alhamdulillah...anak saudara sy selamat dilahirkan w/pun agak kecil dan seberat 2.5KG shj...dan syukur pd Allah juga, Endometriosis di dalam rahim kakak sy juga didapati telah tiada....doa sy buat teman 'semoga Allah memberi kekuatan dan bantuan buat teman agar dapat bersabar dan akan sihat semula...Amiin...'
 
Back
Top
Log in Register