BTC USD 66,855.5 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengapa saya tak beli rumah?

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,288
Top Poster #10
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,288
Reaction score
4,965
Points
266
Awards
1
hm241rumahberu_1677366047.jpg


Kuala Lumpur: "Tidak salah tinggal menyewa kerana setiap individu mempunyai alasan dan pendirian masing-masing untuk berbuat demikian," kata usahawan, Ben Ali, 31.

Biarpun dikategori sebagai antara individu yang berjaya dalam bidang perniagaan, Ben bersama pasangannya, Nadiyah Shahab, lebih selesa tinggal menyewa di rumah jenis semi D empat tingkat di Sungai Besi di sini, sejak tiga tahun lalu.

Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan berkata, seperti pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, mereka ada membuat perancangan memiliki kediaman sendiri.

Katanya, pada ketika itu, mereka sudah mengenal pasti beberapa rumah yang bersesuaian untuk dihuni di sekitar Lembah Klang sebelum membuat permohonan pinjaman bank.

"Bagaimanapun, selepas itu saya terfikir untuk membuat sedikit kajian dan mendapati akan terikat dengan komitmen pinjaman bank yang tinggi dalam satu tempoh yang lama.

"Saya membuat kiraan sendiri dan mendapati jumlah bayaran bulanan mencecah belasan ribu ringgit, ia termasuk untuk kos penyelenggaraan, utiliti dan sebagainya.

"Biarpun berkemampuan, namun saya lihat ia tidak berbaloi untuk membeli kediaman pada ketika itu," katanya.

Menurut Ben, mereka kemudian membuat keputusan untuk menyewa kediaman yang memiliki rekaan dan keluasan yang hampir sama dengan rumah yang hampir dibeli itu di Sungai Besi.

"Dengan menyewa kediaman ini, kami hanya perlu bayar separuh daripada bayaran pinjaman bank sekiranya membeli rumah.

"Baki daripada bayaran itu, kami gunakan untuk membuat pelaburan. Hasilnya kelak akan kami gunakan untuk membeli tanah dan membina kediaman idaman," katanya.

Menurut Ben, ada yang mencadangkan kepadanya supaya membeli kediaman sebelum menjualnya semula pada harga yang tinggi.

"Namun saya lihat ia tidak semudah itu kerana faktor lambakan kediaman tidak terjual. Pada pendapat saya, agak sukar memperoleh keuntungan daripada jualan rumah ketika ini," katanya.

Menurutnya, ada juga pihak beranggapan, tindakannya itu hanya menguntungkan pemilik kediaman.

"Bagi saya, dalam hal ini sebenarnya sama sahaja dengan individu yang membeli kediaman kerana rumah itu masih dimiliki bank sehingga bayaran selesai selepas tempoh tertentu seperti 30 tahun.

"Dan perlu diingat, dalam tempoh 30 tahun itu, apa sahaja boleh berlaku termasuk rumah itu boleh ditarik bank sekiranya gagal menjelaskan pinjaman," katanya.

Jelasnya, dalam hal pembelian rumah ini sebenarnya tiada yang betul dan salah kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dan objektif individu.

"Saya bukanlah tidak menggalakkan pembelian rumah namun saya mengharapkan setiap daripada kita, buat kajian mendalam sebelum membuat keputusan besar seumpama ini.

"Tanya kepada diri sendiri, pembelian rumah ini sebab terikut-ikut orang, diminta ibu bapa atau sememangnya berkemampuan.

"Jika masih belum bersedia

, tidak perlu malu tinggal menyewa. Dalam tempoh itu, fokus lakukan perkara lain yang dapat menambah pendapatan seperti kembangkan perniagaan dan buat pelaburan," katanya.

Enggan tanggung pinjaman selepas bersara kelak

Mahu memiliki kebebasan kewangan apabila sudah tua dan bersara menyebabkan Iqbal (bukan nama sebenar), 45, yang juga kakitangan awam, memilih untuk menyewa daripada membeli rumah.

Iqbal berkata, untuk mencapai matlamat itu, dia menyasarkan akan bebas hutang pada usia 51 tahun.

"Berdasarkan gaji semasa, saya mampu membeli rumah, tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak mahu menambah komitmen hutang bagi tempoh jangka panjang.

"Saya mendapat kerja tetap dalam sektor awam pada usia 31 tahun. Sekiranya membeli rumah, saya masih perlu menanggung pembiayaan pinjaman selepas bersara. Ini penyebab utama saya tidak membeli rumah.

"Ketika ini, saya hanya mempunyai komitmen hutang kereta dan pinjaman peribadi yang akan selesai dalam tempoh enam tahun," katanya.

Iqbal berkata, dia akan bersara pada usia 60 tahun dan mahu menjalani kehidupan sebagai pesara dalam keadaan tenang tanpa terikat bebanan hutang.

"Selepas bersara, saya bercadang pulang ke kampung halaman di pantai timur dan menetap di rumah pusaka arwah kedua ibu bapa.

"Saya sudah membuat pengubahsuaian rumah ini untuk keselesaan menghabiskan sisa hidup di kampung," katanya.

Katanya, dia kini menyewa flat di Pantai Dalam, Bangsar pada kadar RM700 sebulan.

"Tuan rumah tidak pernah menaikkan kadar sewaan sejak menyewa di rumah ini 13 tahun lalu.

"Meskipun rumah sewa, tetapi saya menjaga kediaman ini seperti rumah sendiri.

"Sekiranya membeli rumah, tentunya bayaran ansuran rumah melebihi RM1,000 dan komitmen bulanan bertambah," katanya.

Kata Iqbal lagi, faktor lain dia kekal menyewa di Pantai Dalam ialah kerana sudah selesa dengan kawasan itu yang dianggap seperti kampung keduanya.

'Wajar beli rumah jika mampu'

Individu berkemampuan dan berkelayakan digalakkan membeli kediaman sendiri berbanding menyewa.

Pakar Kewangan Keluarga Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, rumah adalah keperluan utama yang perlu didahulukan daripada memenuhi kehendak.

Menurutnya, ia adalah aset untuk manfaat jangka panjang sebagai tempat berlindung kepada individu dan keluarga.

"Harga rumah meningkat setiap tahun dan jika melengah-lengahkan pembelian ini, berkemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kemampuan. Walaupun terikat dengan komitmen bayaran bulanan dalam tempoh panjang, tetapi akhirnya rumah itu menjadi hak milik kekal.

"Sebaliknya, menyewa rumah umpama membantu tuan rumah melangsaikan pinjaman perumahannya kepada bank," katanya.

Katanya, adalah tindakan tidak wajar bagi individu yang berkemampuan membeli rumah, tetapi memilih untuk menyewa.

"Ini boleh menimbulkan kesulitan pada masa hadapan apabila hampir mencapai umur persaraan kerana menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman pembiayaan perumahan.

"Antara alasan enggan membeli rumah kerana tidak mahu terikat dengan komitmen ansuran pinjaman, menanggung kos lain untuk pengubahsuaian, penyelenggaraan dan sebagainya.

"Berbanding menyewa, ada kos yang ditanggung oleh pemilik rumah," katanya.

Beliau berkata, langkah yang dirasakan menjimatkan itu sebenarnya bersifat jangka pendek kerana cara ini selalunya dilakukan oleh mereka baharu bekerja (kurang tempoh tiga tahun).

"Bagi mereka yang mendahulukan kehendak dengan membeli kereta dengan kadar ansuran agak tinggi, ini cara pengurusan kewangan tidak betul.

"Kereta baharu adalah liabiliti yang mana harganya mengalami susut nilai setiap tahun," katanya.

 
Sponsored Post

Kalu beli rumah, hutang dgn bank, akhirnya, rumah tu jd hak milik. Dalam tempoh tu, mungkin value rumah/hartanah meningkat. Ada keuntungan jika jual.

Kalu utk menyewa sekejap, ok je.
Tapi bila dah lama sgt, tau2 tuan rumah nak rumah balik.
Rumah sewa, tak boleh nk buat apa2.
Last2 mcm rugi sbb duk lebih 15 tahun menyewa, tapi rumah tak dpt dimiliki. Kalu nk beli rumah yg disewa dgn tuan rumah, mesti lah tuan rumah jual dgn harga penuh market masa tu. Takdenya tuan rumah nk bagi harga separuh sebab dah kira tolak tambah sewaan selama bertahun2 tu. Melainkan budibicara dan ehsan tuan rumah.
 
Aku ada kenalan yang terdekat, buat bisness kaw2..
Tp hidup menyewa rumah sebulan 3-4k.. faktor sbb kwsn private agaknya..dkt bandar..

Tp diorang ada bisness, ada tanah, ada kebun, shop lot..

Cuma xda rumah je.. Bukan masalah duit, tp mungkin perancangan mereka nnt nk buat rumah dkt kmpng secara cash agaknya..

Skrng tgh keje kt bandar, so sewa dlu..maybe umur 50-60 nnt bisness bg dkt anak2 kemudian diorang buat rumah dkt kwsn kmpng..

Orang mcm ni, hidup mcm mne pun xpe.. Janji bahagia..
 
Tak boleh cakap sangat perancangan orang sekarang...sebab kalau rumah sekarang harga 500k...bayar loan 2k ++ sebulan...kadang2 rumah jenis ni kalau sewa dlm 1200 ke 1500 sebulan...tak campur lagi kos2 lain kena tanggung...rumah rosak...bumbung bocor...cukai tanah... insurance kebakaran...kalau high rise... maintenance fee lagi....yup tak dapat nafi rumah tu asset tapi kalau salah perancangan boleh jadi beban...lagi satu banyak sangat pocket developer sekarang...kualiti memang kelaut...rumah yg developer yg famous harga dia kayangan sikit...kena ingat warranty rumah 2 tahun saja...kalau apa2 jadi lepas tu dah under kita repair
 
Aku ada kenalan yang terdekat, buat bisness kaw2..
Tp hidup menyewa rumah sebulan 3-4k.. faktor sbb kwsn private agaknya..dkt bandar..

Tp diorang ada bisness, ada tanah, ada kebun, shop lot..

Cuma xda rumah je.. Bukan masalah duit, tp mungkin perancangan mereka nnt nk buat rumah dkt kmpng secara cash agaknya..

Skrng tgh keje kt bandar, so sewa dlu..maybe umur 50-60 nnt bisness bg dkt anak2 kemudian diorang buat rumah dkt kwsn kmpng..

Orang mcm ni, hidup mcm mne pun xpe.. Janji bahagia..

klu ikut analisa dan kaji selidik . aku rasa dia org biznes jenis masuk akaun sendiri ni.. jenis tak daftar company.. so tak leh beli rumah sebb tak de bukti pendapatan. org mcm ni biasa beli benda cash only
 
Bisnes man berjaya ni
Umur baru 31
Pasangan baru berkahwin
Menyewa semi D 4 tingkat

Tak bebaloi beli umah sbb komitment pinjaman bulanan berbelas ribu

Poyo juga mamat ni hehe

maybe duk bandar .. nak dekat tempat keje.. beli mahal..klu rumah mampu jauh.. so sewa ok je
 
Bisnes man berjaya ni
Umur baru 31
Pasangan baru berkahwin
Menyewa semi D 4 tingkat

Tak bebaloi beli umah sbb komitment pinjaman bulanan berbelas ribu

Poyo juga mamat ni hehe
Dengar ja tu dia punya masalah bang bkn Ang punya masalah hahaha
 
klu ikut analisa dan kaji selidik . aku rasa dia org biznes jenis masuk akaun sendiri ni.. jenis tak daftar company.. so tak leh beli rumah sebb tak de bukti pendapatan. org mcm ni biasa beli benda cash only
Berniaga benda Haram boleh la mcm nie contoh dadah, Judi, pelacuran bang......tu depa mesti nk legalkan duit tu buat bisnes real xlaku xpa janji ada bisnes....depa nie bisnes betoi la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register