Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan. Di manakah silapnya? Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari. Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya; Sebagaimana firman-Nya;
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”
(Mu’min: 60)
Namun begitu seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”
Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu:
1. Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
3. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah ﷺ tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
4. Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?”
Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.
Doa yang makbul
Al-Imam al-Suyuti menyebutkan hadith-hadith yang meriwayatkan tentang kategori pendoa-pendoa yang mudah dikabulkan permohonannya.
(1) Doa seorang yang dizalimi walaupun apabila dia seorang yang suka berbuat dosa berkaitan dengan urusan peribadinya.
Perlu kita berhati-hati agar tidak berbuat zalim kepada orang lain.
(2) Doa orang tua untuk anaknya
Berhati-hatilah anda yang sudah menjadi orang tua apabila bertutur kata kepada anak-anak. Jangan sampai keluar kata-kata yang akan menjadi doa yang buruk bagi mereka dan nantinya menyesal di kemudian hari. Untuk anak, janganlah kita malu untuk meminta orang tua kita mendoakan kejayaan kita dan memohon restu dan keberkatannya. Mudah-mudahan, kita mendapat redha dariNya.
Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka ALLAH meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya
Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu
Lumrah manusia termasuk aku, hanya berdoa bila keadaan terdesak, tidak pula berdoa ketika kesenangan memuncak. Kita selalu lupa akanNya, namun Dia tidak pernah sesekali melupakan kita. Ya, aku alpa. Walaupun imanku hanya senipis kulit bawang, aku memohona agar aku akan sentiasa bersyukur padaMu atas segala nikmat, rahmat dan kebahagiaan selama ini yang aku kecapi. Alhamdulillah! Jauhkanlah hatiku dari terus berbolak-balik dan hindarkanlah diriku dari rasa tidak bersyukur walaupun sekali. Semoga kesedaran ini bukan sementara, tapi selamanya.