BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengamuk makan diri

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an cedera di bahagian dahi dan belakang kepala setelah dipukul keluarga mertuanya di Taman Teratai kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Menurutnya, kerana terlalu merindui anaknya, mangsa datang ke rumah mertua untuk melawat bagaimanapun berlaku perselisihan faham dan pergelutan.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan membawa parang buatan sendiri dan cuba mencederakan seorang waris isterinya tetapi berjaya dielak.

“Mereka kemudiannya merampas parang di tangan mangsa dan mencederakannya,” katanya.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala rebah di hadapan rumah mertuanya sebelum menerima bantuan kecemasan dari anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang bersama ambulans.

Mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.

Sehingga kini keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, keluarga mertua mangsa akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Dalam kes ini, polis akan menyiasat punca sebenar berlakunya perselisihan faham antara mangsa dan keluarga mertuanya sehingga menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Ketika kejadian berlaku, isteri mangsa tidak berada di rumah kerana bekerja di negara jiran.

Menurutnya, keterangan dari kedua-dua belah pihak penting untuk membantu siasatan yang dijalankan.

“Kita akan mengambil kenyataan kedua-dua pihak sebelum siasatan dilakukan,” katanya.

401280_10150553557759883_87363369882_8603215_1603052167_n.jpg



image.jpg
 
yg bawak parang buat per kan dh kena.
 
kesian jugak, dia nk tgk anak dia...
 
adui...apsal laaa jd mcm ni....mesti ada yg tak puas hati...
 
la.. nape x bg je dia nk tgok anak dia???
keluarga mertua pon nk pukul agak2 la..
mcm nk membunuh ni..
 
kesian jugak, dia nk tgk anak dia...

itu la. kesian gak. musti dia nak pi tengok anak dia nih tapi mertua tak bagi kot. tu pasai bawak parang sama nak ugut kot. huhu. sib baik takdak sapa yg mati.
 
Back
Top
Log in Register