BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengamuk bilik hotel penuh

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
rsz_amukhotel1_1611198241.jpg


Kluang: Lelaki ditahan kerana dipercayai mengamuk dan merosakkan kenderaan awam hanya kerana bilik hotel penuh di Jalan Duku dekat sini, 4.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, suspek, 33, datang ke hotel bertanyakan tentang bilik namun dimaklumkan pekerja hotel semua bilik sudah penuh.

Katanya, akibat daripada itu, suspek dikatakan tidak berpuas hati dan marah bergerak ke tempat letak kenderaan sambil membawa topi keledar hitam.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, dia menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan juga melihat suspek memecahkan cermin kereta di tempat letak kenderaan di hadapan hotel berkenaan, katanya.

"Berikutan itu, polis berjaya menahan suspek dan merampas topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memcahkan cermin beberapa buah kereta di kawasan berkenaan," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Menurut Low, suspek juga kakitangan hotel.

"Siasatan mendapati suspek memecahkan cermin empat kereta di kawasan meletakkan kenderaan di Jalan Duku dan punca kejadian kerana tidak dapat menginap di hotel tempatnya bekerja itu.

"Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Metheemphetamin dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Low berkata, semua pemilik kereta yang cerminnya dipecahkan sudah membuat laporan polis dan rakaman percakapan juga sudah diambil.

"Suspek akan direman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan,"katanya.

 
Dia mengantuk sgt tu nak tido kat hotel. pegi2 penuh pulak... Hangin larrr
 
Suspek adalah pekerja hotel tu gak?

Dan mengamuk sebab x dapat menginap kat hotel tu gak?????????¿

Adoiiiii.. serious betul kes suspek ni
 
Hari2 dah ngadap hotel tu lagi nak tido situ ke
 
Berapa kereta yang terlibat tu...siasat sekali owner kereta. Mana tau owner kereta pakat suruh pecah cermin nak claim insuran cermin baru - Detective Conan Shinchan
 
kalau iye pun pegi la tidur kat tempat rehat staff.. dah tentu kawan2 dia juga
 
Back
Top
Log in Register