BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengaku curi jam Rolex RM40K

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BHARU - Seorang tukang cuci dijel lapan bulan dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri jam tangan Rolex bernilai RM40,000 milik seorang doktor, di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Muhamad Azmie Abdul Kahar, 20, mengaku salah didakwa mencuri jam tangan terbabit di dalam bilik doktor di Istana Kubang Kerian, di sini, pada jam 2 petang, 26 Februari lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas kes berkenaan ditangguhkan sebulan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh berikutan dia pesalah muda.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana dia sudah insaf dengan kesalahannya itu.

Dalam kejadian lalu, semasa pengadu mengemas barang di dalam bilik berkenaan mendapati jam tangan jenama Rolex GMT Master II tiada dalam simpanannya.

Beliau kemudian memaklumkan kepada Pengawal Keselamatan Istana dan mereka menemui pekerja pencuci tersebut.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku mengambil jam itu dan menyimpannya di rumahnya. Pemeriksaan di rumah di alamat Kampung Kayu Rendang, Melor tersebut menjumpai jam berwarna perak dan emas itu di dalam laci almari dalam sebuah bilik.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri dalam hujah pemberatannya memohon hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh supaya dia tidak mengulangi jenayah sama.

Mohd Firdaus dalam keputusannya turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan dalam tempoh enam bulan, jika denda gagal dijelaskan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/mengaku-curi-jam-rolex-rm40k-1.376484
 
tak faham pakai jam mahal2 ni ... keke
 
Tag Heuer pun tak mahal mcm tu...Aquaracer aku pakai...
 
Back
Top
Log in Register