Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian dari ajaran Islam.
Ucapan جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا adalah ucapan yang paling baik kerana ia disebut oleh Rasulullah SAW sebagai suatu doa yang cukup dapat membalas kebaikan seseorang.
Hinggakan semut juga turut mendokan kebaikan kepada muslim yang mengajar kebaikan
Dari Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”
Jangan Lupa Berdoa Berterima Kasih dengan Doa yang Mulia
Setiap kebaikan wajar dihargai, dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan:
جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا
Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan
Dengan doa ini, kita tidak hanya mengucapkan terima kasih, tetapi turut mendoakan kesejahteraan dan rahmat untuk mereka.
Mari amalkan, semoga kebaikan sentiasa mengiringi hidup kita semua.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucaplah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan :
جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا
Jazakallahu Khairan : Semoga Allah SWT membalas segala kebaikanmu dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik. (riwayat al-Tirmizi (2035).
Doa ini sangat ringkas, tetapi mengandungi makna yang besar sebagai penghargaan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan kepada kita.
Jadikan doa ini amalan harian kita, kerana ucapan kecil mampu membawa ganjaran besar di sisi Allah SWT.