kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
aku amik dri cni,smber:http://www.islam.dunyahalal.com/index.php?id=118&mnu=118
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a’mmah seperti
dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan
Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan
seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.
Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan
kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).
Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh
dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti
dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut. Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah
syarak yang melarang tindakan idha’ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.
satu pertanyaan, yg pemberi derma akan menanggung dosa?