BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Men'dekuttttttt.....

aku dulu2 selalu mendekutt nih...seram...
 
burung wak2 nie ada penjaga kena sekali ja mendekut x bleh byk2 kali, mana yg tersangkut kat jaring ja boleh amik, lepas 2 kalo dapat ckit x leh dah mendekut...
mana yg dapat itu aja yg boleh bawa balik
 
tangkap burung pun ada pantang larang yer.
 
aku boleh aje.. no problem. takat rekod tu nohal..
tu pun klu bro mike ajo aku buat, baru ler boleh letak kat sini bunyi die... :D :D

nak lukis tak pandai arr:)) cam wisel jer .ko imagine jer:D hujung sekali tertutup.pastu hujung satu lagi sumbat ngan kayu yang diasah.tinggal sikit ruang utk ditiup.susah arr nak terangkan:p
 
bunyi die camni ha....kuaq kuaq kuaq kuaq :p
 
skrg dh modenn
dah ada pakai tape
amik radio
on kn je
tp..btl la y dgr2 tu..
mcm2 dtg
pngalaman aku dn bapa aku..
kitorg bawa senapang sekali
senang citer...
 
org kampung ako penah buat belakang umah ako...

seram jugak oooo....adr yang menyahut tuuuuuuu...
 
Kegiatan ini dibuat pd waktu mlm di sawah padi bertujuan utk menangkap burung wak2 (bknnya sama spt burung wak2 yg kita selalu jmpa).Ianya dr jenis wak2 hutan yg sukar ditemui.Mendekut ini yg sya tau ada 2 jenis cara utk menghasilkan bunyi iaitu dgn batang padi & dgn gunakan tangan.Bila ia ditiup samada btg padi or tangan akan mengeluarkan bunyi yg sayup2 tp......sungguh menyeramkan!!!!Bunyi ini akan menarik perhatian wak2 ini & ianya akan terbang secara berkumpulan kearah bunyi tadi.Penangkap wak2 ini akan measang jaring merintangi laluan wak2 td & ianya akan tersangkut pda jaring........ttpi kekadang ada makhlok lain yg turut serta.Spt yg diceritakan oleh kwan sya penah masa mendekut ada satu lembaga hitam yg besar turut sma dgn kumpulan wak2 & jaringnya terkoyak masa lembaga merempuhnya!.....satu lgi pengalaman kawan sya terserempak dgn se ekor ular yg kepalanya sebesar tong dram!!!......jika sape2 ada pengalaman boleh la kongsi2.......bunyi dekut ni menarik minat mahkluk halus...& jika berani cuba buat masa tgh mlm tp kna cari org yg pandai buat bunyi tu!!!!!pasti ada yg menyahut bunyi tu

keke... setakat ni g nangkap burung wak2 kat jengka tak penah lg aku jumpa lembaga ke apa. tangkap wak2 mmg waktu mlm. kalo pandai leh guna tgn utk wat bunyi tu tp biasanya kami guna buluh yg telah diubahsuai untuk mengeluarkan bunyi burung wak2 tu.

burung wak2 sedap rasa mcm ayam. rasanya burung ni dilindungi oleh jabatan perhilitan. sejak famili aku dok KL, mmg dah lama tak nangkap wak2. mau dekat 10 thn rasanya tak rasa daging wak2.

baru ni aku jln2 kat kawasan pulau meranti, selangor. aku terjumpa wak2 kat situ. waktu senja. rasa mcm nak g tangkap je tp masalahnya ni kawasan indonesia. hehe...
 
Back
Top
Log in Register