BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencemar Duli?

selepas bermain bola kat padang, anak aku mencemar duli kedalam rumah...
maka tanpa berlengah2 lagi, aku mencemarkan rotan aku kat kakinya dengan duli2 skali aku tibai...
betul tak ayat aku tt..:)):)):))

:eek:

tepat ayat ko.
 
kebawah duli yang maha mulia bla bla bla..
bila di terjemahkan jadi kebawah debu yang maha mulia..mcm tuu :-?:-?

bukan duli aje..dlm konteks ni ambil maksud mencemar duli.. suda baca abis ka main taip aja lepas baca 1st paraghraph :eek:
 
selepas bermain bola kat padang, anak aku mencemar duli kedalam rumah...
maka tanpa berlengah2 lagi, aku mencemarkan rotan aku kat kakinya dengan duli2 skali aku tibai...
betul tak ayat aku tt..:)):)):))

betul kalau nama ko Rajagopal dan lain-lain :eek:
 
Jumpa di website DBP

Soalan:

Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas?

Jawapan:

Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli.

Bagi aku masih tak sedap gunakan perkataan tu. Wallahualam
 
Last edited:
Dalam kitab salalatus salatin, duli ni ialah selipar.

ooo..baru aku tau..jadi kalu kira..betul la konotasi mencemar dulu..maksudnya mengotorkan selipar atau alas kaki..zaman dulu..kan golongan kaya jer yang ada selipar nih..kalu tengok cerita nujum pak belalang laa..:-?:-?
 
bukan duli aje..dlm konteks ni ambil maksud mencemar duli.. suda baca abis ka main taip aja lepas baca 1st paraghraph :eek:

yang saya taktau maksud duli tu bro, ingatkan duli tu debu..
mencemar duli tu dh ada kt atas penerangan dari bro..
sorry bro my bad, lemah betul bahasa melayu aku #:-S
 
yang saya taktau maksud duli tu bro, ingatkan duli tu debu..
mencemar duli tu dh ada kt atas penerangan dari bro..
sorry bro my bad, lemah betul bahasa melayu aku #:-S


takpe bro..small matter..nak mintak maap buat hape, tak mencemar duli pun kalau lemah bahasa melayu
:D point dia ialah seperti dlm perenggan bawah tu dianjurkan agar kita gunakan perkataan yg baik agar tak nampak penghinaan kepada orang lain dlm hal ni kita lah rakyat aka pacal yang hina :-?
 
Last edited:
selepas bermain bola kat padang, anak aku mencemar duli kedalam rumah...
maka tanpa berlengah2 lagi, aku mencemarkan rotan aku kat kakinya dengan duli2 skali aku tibai...
betul tak ayat aku tt..:)):)):))

klu tinggal kat istana boleh la kot

tapi klu duk flat xpayah nk mencemar sgt la :)):))
 
nih yg sy dpt dr DBP, tp byk lg pengertian lain berdrkan konteks tertentu yg sedara blh rujuk sendiri dr link di bwh...

sebhgian bsr mmg mengatakan bhw "duli" bermaksud "debu"...

duli

1 (bahasa Melayu klasik) baginda: Maka ~ Yang Maha Mulia Sultan Perak pun berangkat pulang ke istana. 2 kaki: bercemar ~ mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; mata ~ buku lali. 3 debu; abu.


duli

1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda; mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyem*bah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja; berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, ber*cemar.


duli

1. (bahasa Melayu klasik) baginda: Maka ~ Yang Maha Mulia Sultan Perak pun berangkat pulang ke istana. 2. kaki: bercemar ~ mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; mata ~ buku lali. 3. debu; abu.

Sumber: DBP
 
Back
Top
Log in Register