BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari teman seks di televisyen

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Laman sembang yang dikendalikan oleh beberapa stesen televisyen tempatan semakin tidak terkawal apabila ia disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk mencari pasangan seks.

Mesej-mesej ‘panas’ untuk mencari wanita kesepian yang dihantar oleh pengguna lelaki seringkali melepasi tapisan pihak penyedia perkhidmatan dan tersiar di kaca televisyen.

Senario itu bukan sahaja berlaku sewaktu laman sembang berkenaan bersiaran pada waktu awal pagi bahkan turut berleluasa pada waktu tengah hari.

Lebih membimbangkan, laman sembang berkenaan boleh disertai sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit termasuk remaja di bawah umur.

Wartawan Utusan Malaysia yang turut menyertai laman sembang di sebuah stesen televisyen mendapati proses pendaftarannya amat mudah dan pantas.

Pengguna hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan format khas dan menyertakan nama timangan sebagai identiti diri di laman sembang kepada penyedia perkhidmatan menggunakan nombor lima angka.

Dalam masa seminit, pengguna akan menerima SMS mengesahkan pendaftaran mereka.

SMS itu turut mengandungi maklumat berhubung cara untuk menghantar mesej ke laman sembang yang setiap satunya dicaj 70 sen.

Pengguna mempunyai dua pilihan untuk bersembang sama ada menghantar mesej ke laman sembang yang disiarkan di kaca televisyen atau menghantar mesej secara terus kepada telefon bimbit rakan sembang.

Setiap kali mesej dihantar ke laman sembang, penyedia perkhidmatan akan menghantar SMS balasan yang memaklumkan mesej telah diterima dan pihaknya hanya menyiarkan mesej yang sesuai sahaja.

Bagaimanapun, pemantauan mendapati janji untuk menapis setiap mesej itu tidak dipenuhi kerana terdapat banyak mesej berbaur seks turut tersiar di kaca televisyen.

Jika hanya mesej yang sesuai sahaja disiarkan, sudah tentu mesej seperti “pada mummy yang berumur 30 tahun ke atas, woi la saya k... saya perlukan khidmat anda, kalau anda memerlukan khidmat saya, woi la saya, area KL diutamakan” dan “any lonely female from KL or PJ, never mind your status n looking for non commitment relationship. Woi me” tidak akan muncul di laman sembang berkenaan.

Untuk makluman, ‘woi’ merupakan kod yang digunakan oleh laman sembang berkenaan untuk menghantar mesej secara terus kepada telefon bimbit rakan sembang.

Operator yang ditugaskan memantau laman sembang berkenaan juga seakan- akan memejamkan mata terhadap mesej sedemikian dan langsung tidak menegur pengguna yang menghantarnya.

Laman sembang berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan dan mesej pertama yang dihantar penulis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk muncul di kaca televisyen kerana jumlah penggunanya yang ramai.

Kebanyakan pengguna yang berhasrat untuk bersembang seks biasanya akan meminta rakan sembang menghubungi mereka secara terus dan menyertakan sekali nombor telefon.

Ia bagi menjimatkan kos kerana ia membolehkan mereka berkomunikasi melalui SMS yang lebih murah kosnya berbanding bayaran yang dikenakan pengendali laman sembang.

Pemerhatian penulis mendapati majoriti pengguna yang menyalahgunakan perkhidmatan laman sembang itu ialah golongan lelaki dan hanya segelintir sahaja yang menghantar mesej-mesej panas menggunakan nama timangan perempuan.

Bagi membuktikannya, penulis turut menyamar menggunakan nama timangan perempuan untuk memancing perhatian golongan terbabit.

Tidak sampai seminit selepas mesej yang dihantar tersiar di televisyen, telefon bimbit penulis menerima 20 SMS daripada rakan sembang berserta dengan nombor telefon bimbit mereka dan ada di antaranya turut menyelitkan mesej-mesej lucah.

Penulis menghubungi tiga rakan sembang yang menghantar mesej itu seperti yang dijangka, mereka begitu gelojoh untuk mengajak penulis bersembang mengenai seks.

Seorang daripada mereka ialah lelaki berusia 30 tahun yang mendakwa telah berkahwin, seorang lagi ialah lelaki bujang berusia 27 tahun dan yang terakhir seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendakwa dirinya lesbian.

Selepas beberapa hari gagal ‘memujuk’ melalui SMS dan panggilan telefon mereka pula tidak dilayan, ketiga-tiga ‘rakan’ sembang penulis itu akhirnya mengalah mungkin kerana sudah bosan apabila pelbagai taktik mereka tidak berjaya.

Alahai melayu otak ingat nak 'main' saja

:mad:
 
huhu..napsu dah xterkawal bro..bende2 camni ramai org kejar bro..tp yg dpt untung utk situasi ni stesen tv le..byk org anta sms dan register...lps article ni kuar lg le ramai org register...hehe
 
Adooyai!!! Gersang tahap gaban dah nie... erkekekeke
 
Naik semak perut aku bila tengok ayat-ayat lapaq kaum laki (aku pun laki jgk tapi laki baik hehehe) dalam chat tv tu...apa daaaa....takda benda lain...yg itu ja depa nak....
 
meh kengkawan smua pakat trade fx cun2....


pas tu anak dah nak besar agak2 dah darjah 4....kita ramai pindah brunai ke....


p/s: jordan pn ok gak....
 
menterinye pun tdo... camaner nak tapis
 
Rasanya tak elok cakap Melayu otaknya nak main je,semua bangsa sama dari segi sex sebab nafsu diberikan sama.Semua orang perlukan sex kecuali orang yg dah takde nafsu pada sex
 
Rasanya tak elok cakap Melayu otaknya nak main je,semua bangsa sama dari segi sex sebab nafsu diberikan sama.Semua orang perlukan sex kecuali orang yg dah takde nafsu pada sex

Bukan "Melayu" tetapi "LELAKI" otaknya nak main jer..

p/s : Malu kat bebudak yg duk menghadap TV baca sms yg diorg hantar ni.
 
Back
Top
Log in Register