BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Mencari Penawar Psoriasis

Stokis RajaBio

Freshie
Messages
33
Joined
Dec 15, 2011
Messages
33
Reaction score
0
Points
6
Encik X menyangka gatal-gatal di kepala beliau disebabkan kelemumur. Cik Y pula selama ini sungguh-sungguh percaya kulitnya mengalami masalah eczema. Rupa-rupanya, tanpa disedari mereka sebenarnya mengalami psoriasis. Apa benda tu, ek?

Psoriasis dalam bahasa orang awam boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit kulit. Puncanya apabila sistem ketahanan badan tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Sistem ketahanan badan sepatutnya menghasilkan sel darah putih yang melindungi badan daripada jangkitan. Sebaliknya bagi pesakit psoriasis, sel T (sejenis sel darah putih) menyebabkan berlakunya kesan seperti terbakar/melepuh pada kulit. Sel T ini juga menyebabkan sel kulit tumbuh lebih cepat daripada biasa, dan menebal di bahagian luar kulit.

Psoriasis boleh terjadi di pelbagai bahagian badan termasuk kulit kepala, belakang, siku, lutut, kuku dan sebagainya. Kadang-kadang, psoriasis juga melibatkan sendi, yang biasanya menyebabkan pesakit kaku seketika pada waktu pagi. Walaupun begitu, mereka yang berada di sekeliling pesakit psoriasis tidak perlu bimbang kerana penyakit ini tidak berjangkit apabila bersentuhan, misalnya apabila bersalaman/berjabat tangan.

Sesiapa juga boleh terkena psoriasis, sama ada lelaki atau perempuan. Tetapi ada kumpulan tertentu yang lebih berisiko mengalami psoriasis. Mereka termasuklah:

- Anak kepada pesakit psoriasis

- Wanita yang memiliki berat badan berlebihan

- Terdedah kepada cuaca sejuk

- Tekanan emosi dan fizikal

- Jangkitan

- Luka pada kulit

- Merokok

Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 3% atau 400 ribu orang menghidap penyakit ini. Angka tersebut dinyatakan oleh Persatuan Psoriasis Malaysia dalam laman web mereka. Persatuan ini telah lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1987.

Menurut perspektif perubatan moden, psoriasis tidak mempunyai penawar tertentu kerana ia penyakit yang berulang-ulang; sekejap muncul kemudian menghilang. Walau bagaimanapun, ada dinyatakan beberapa kaedah rawatan yang biasa digunakan oleh pakar perubatan. Antaranya:

- Ubat sapu (psoriasis ringan)

- Terapi foto seperti ultra violet (psoriasis sederhana)

- Ubat yang sama ada dimakan/disuntik/disalurkan (psoriasis berat)

Namun demikian, pengambilan ubat-ubatan atau rawatan sedemikian mempunyai kesan sampingan (side effects) tertentu. Hal ini mudah difahami memandangkan ubat-ubatan moden seringkali mengandungi bahan kimia atau dadah (drugs), manakala sinaran mengandungi radiasi. Akibatnya, antara lain lapisan kulit boleh menjadi bertambah nipis dan semakin sensitif kepada cahaya matahari.

Oleh yang demikian, lazimnya pesakit disyorkan mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya:

- Diet seimbang

- Minum air banyak-banyak

- Tidur secukupnya

- Tidak merokok

- Tidak minum arak

- Kurangkan tekanan (stress)

- Pakai pakaian jenis kapas

- Mandi air suam (bukan air panas) tetapi jangan lama-lama

- Jangan garu

- Elakkan terkena pancaran terik matahari

Pesakit juga digalakkan supaya memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap sepanjang masa, termasuk selepas mandi. Bagi tujuan ini, losyen/jel/pelembap yang bersesuaian boleh digunakan. Sekiranya ingin mencuba sesuatu yang semulajadi sepenuhnya dan bebas kimia, bolehlah sapu atau lumur RajaBio pada bahagian yang terkena psoriasis bagi melembapkan kulit.

Kredit artikel: Persatuan Psoriasis Malaysia, emedicinehealth & MedicineNet.com


Nota:

Anda boleh mendapatkan RajaBio Minyak Kelapa Dara dengan cara SMS (sahaja) ke talian 013-675 6090.

Atau dapatkan terus (cash-on-delivery) daripada wakil jualan berikut:

- Tawfik (Puchong, PJ [USJ, Kelana Jaya, belakang UM] & Shah Alam [tidak termasuk UiTM]; 012-411 5691),

- Azman (Putrajaya & Seremban 2; 010-221 4600),

- Fikri (Parit Buntar & Seberang Perai Selatan; 019-547 4892).

photo.jpg
 
PENGUMUMAN: Penstrukturan Semula Kawasan Wakil Jualan RajaBio di Putrajaya

Seperti mana telah sedia maklum, wakil jualan RajaBio bagi kawasan Putrajaya ialah saudara Azman (010-221 4600).

Walau bagaimanapun, kerana kekangan masa, atas permintaan beliau sendiri sebentar tadi, maka kawasan liputan beliau bagi jualan RajaBio di Putrajaya kini dihadkan kepada Presint 4 sahaja, lebih khusus lagi kawasan Persiaran Perdana sekitar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, bagi kawasan Seremban khususnya Seremban 2, beliau masih bersedia membekalkan RajaBio seperti biasa.

Selaras dengan penstrukturan semula kawasan wakil jualan RajaBio di Putrajaya ini, bagi memenuhi permintaan pengguna RajaBio di kawasan selain Presint 4, tanggungjawab tersebut kini diserahkan kepada saudara Tawfik (012-411 5691). Beliau sedia menghantar RajaBio terus kepada anda di mana-mana jua kawasan di Putrajaya. Kos penghantaran percuma.

Sekian, dimaklumkan.
 
Back
Top
Log in Register