BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted Mencari Pembantu @ Teman Rumah utk Ibu

org gaji sekarang pun cuti seminggu 1 hari. apa kata TT pun bagi cuti 1minggu 1 hari. sori TT just bagi pandangan
 
dekat rumah saya ada sorang perempuan laki dia kahwin lain tinggalkan ank2 3 org sorang umur 4 tahun , 3 tahun dan paling kecil 2 tahun.kesian sy tgk sekrang nie dia menumpang rumah kakak sebelah rumah saya.kakak tu dulu kakak angkat bekas suami dia.
saya kesian tgk anak2 dia yg tak dapat kasih syg ayah.kecik2 lagi tak paham apa2.perempuan tu dulu keje kedai kasut dgn gaji rm900 tp setelah ditolak sewa bilik,upah jaga anak,mkn pakai anak berpa jer tinggal.sekrang dgr kata dia nk kena halau pasal bulan ie tak mampu nk bayar sewa sbb dia dah berhenti kerja bulan puasa nie.bayangkan la kan nk dekat raya jadi mcm tu.sayu jer saya tgk anak2 dia sbb anak2 dia mmg tak nakal.
 
Saya mencari pembantu rumah tempatan untuk Ibu yg tinggal di Gemas,Negeri Sembilan mempunyai ciri2 berikut

  1. Warganegara Malaysia
  2. Beragama islam , menutup aurat dan ikhlas bekerja untuk mencari rezeki
  3. Wanita berumur lingkungan 30 ke 40 an
  4. Sihat tubuh badan dan boleh bekerja tanpa pengawasan
  5. Keutamaan kepada ibu-ibu tunggal atau yang keluarganya hidup serba kekurangan , yang hidup sebatang kara, yang hidup susah serta memerlukan pekerjaan
  6. Boleh tinggal dengan majikan
  7. Kelebihan jika memiliki lesen kenderaan atau boleh membawa motorsikal/kereta.

Bidang tugas :

  1. Sebagai teman ibu
  2. Masak hidangan ringkas utk ibu saya.
  3. Mengemas rumah

Kemudahan yg akan diperolehi :

  1. Gaji RM500 sebulan (boleh dirunding)
  2. Bilik sendiri disediakan
  3. Makan minum ditanggung
  4. Cuti balik kampung sebulan sekali di hujung minggu shj(pembiayaan sendiri)
  5. Cuti Hari Raya

Sesiapa yang berminat atau mempunyai kenalan,jiran sekampung, saudara atau mengenali mana-mana pihak yang boleh bekerja sebagai pembantu rumah, boleh menghubungi saya di talian -6917544 / 016-2871148. Kami hanya akan bekerjasama dengan pihak yang serius dan jujur sahaja.

Masih mencari orang yg sesuai...sesiapa yg berminat sila hubungi saya ditalian 012-6917544 :)cgrock
 
pencarian masih diteruskan...harap ada yg sudi membantu
 
Back
Top
Log in Register