BTC USD 83,378.7 Gold USD 4,118.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari Part Time di Kuala Lumpur

kalau kau nak tulis kesimpulan...tlg beri ayat yg lengkap...jgn beri ayat umum mcm tu..itu boleh mengelirukan org... sila nyatakan juga perkara-perkara yg boleh menjadikan ianya haram...berikan info dgn details...

*yg pastinya biz sy bukannya mlm...

dan2 bkn MLM...klau nak tau bace sendiri

http://www.zaharuddin.net/
 
Budak2 MLM ni dah terdesak sangat ker nak makan komisyen jer...

nak kaya cepat sgt ke.. pstu nk duk relek jer goyang kaki duit masyuk..
 
USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN mengajar di uitm segamat? saya student sana. jeng3~

sedih, klau betulah cmni perangai ustaz di luar kampus.

btw, to TT, have a look around McDonald or any fast food restaurant. My bro got rm1k+- last month. Good for someone who is desperate enough to do part time job/earns money.

Gudluck!
 
thanks kat sp yg ada email and hantar pm psal kerja part time.. erm boleh x bgtau cara nak delete thread ni? sbb bnyak pergaduhan dan bnyak yg melencong dr apa yg sy tanya..
 
kpd encik peace_world saya di sini x berminat nak join mlm/affliate.. sbb dah rmai pernah kena sblum ni.. baik kita jadikan pngajaran sbb manis di mulut x bermakna manis rezeki kita.. sy student and tlg la paham situasi tuh.. lain la kalau encik bg pinjamkan 400 sbg modal dan lepas dapat profit balik i pay back.. x mungkin kan?
 
Jawapan Fadhilatus Syaikh Yusuf bin `Abdullah As-Syubaili Hafizahullah berkaitan syarikat yang menggunakan modus operandi MLM :

Tidak boleh melabur dalam Syarikat ini kerana ianya berasaskan pemasaran murtilevel marketing, dan produk-produk jualan yang bukan menjadi tujuan perniagaan akan tetapi ianya bertujuan untuk dapatkan wang ( sedangkan produk tersebut hanyalah sebagai helah untuk mengaburi ahli-ahli ) maka perniagaan dalam sistem ini ataupun berurusan dengannya merangkumi riba` dan gharar( jual beli yang tidak jelas dan tidak diketahui kesudahannya ).


Sumber:

http://www.shubily.com/index.php?news=275

Fatwa pengharaman ini juga berdasarkan ketetapan Lajnah Daimah Arab Saudi, boleh juga rujuk fatwa Lajnah Daimah di sini:

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=156217

Sape cakap aku pakai kepala ***** sendiri kata HARAM? Aku ikut qaul Ulama'. Kalo ko boleh bagi nama Ulama' yang join MLM, aku nak sujud kt ko. Paling tak pun, ko bagi fatwa Ulama' mana kasi buat MLM.
 
Pergh ustaz rupanya dia ni. Post sebelum ni backing sangat MLM. Pastu skang dah kata ads4buck bukan MLM. Ha3.

Ini Ustaz namanya Ustaz Cari Makan. Boleh pulak dia awal thread ni guna Hadith Dhaif Jiddan buat hujah. Nampak sangat takde ilmu. Tak layak jadi Ustaz.
 
Salam TT...

aku student jugak...dekat Kulim..and aku org KL...kira aku idop sini memang kena berdiri dkt kaki sndr..sbb xdek family dkt sini..and family aku bukan kaya raya..soo aku kena carik kerja untuk mkn minum kat sini..sama mcm ko..n skrg aku jadi org tngh untuk sewa rumah...tuan rumah kasi aku tanggunggjawap untuk carik penyewa rumah..ada la sikit duit tok mkn n isap rokok..akhaz..hidup ko sama je mcm aku bro..

nasihat aku kat sini..ko pergi carik keja kat restoren fastfood yg bukak 24hours mcm Mcd or KFC...mesti ada kerja punya..tak pun 7e...ringan sikit kerja..tp 7e, lepas 3 bulan ko kerja..baru dpt gaji...kat Cheras tuh belambak kedai makan kat warong2 tepi jln..ko try la tanya..jgn malu bro..klu malu memang x boleh hidup..


jgn masok MLM or apa2 yg sekampung dgn MLM nih..ko kena klua kan modal...tp belom tentu modal tuh ko dpt balik..sbb aku bnyk kali kena tipu dgn benda2 mcm nih..soo ko xyah join..


apa2 pun..aku doa terbaik untuk ko...semoga allah bantu ko idop kat dunia nih dan juga akhirat kelak..amin~...(cesh~..dah mcm tok imam pulak..)


ok bro...salam~...
 
Back
Top
Log in Register